Blogger Widgets

Pages

Friday, 4 January 2013

Darul Takzim dan Darul Makmur.



                 1)Assalamualaikum kat korang-korang yang masih lagi dapat membaca blog aku di hari Jumaat yang mulia ni. Tiga hari yang lepas aku ada tulis satu entri bersempena dengan perubahan aku untuk 2013. Aku mengakulah yang entri tu agak jiwang sikit. Ada kawan aku yang kata entri tu melankolik. Penghujung entri tu aku cuba gambarkan yang aku tengah happy tapi aku tak tahu macam mana entri tu tetap jadi melankolik. Aku mengaku. Ada jugak kawan yang gelakkan aku lepas dia baca entri tu. Sangat kurang asam wahai sahabat. Aku tak tahu kenapa dan mengapa, tiba-tiba pulak ramai yang melawat blog aku lepas aku post entri tu. Oh korang ni, kalau bab-bab kisah cinta dan jiwang memang korang seronok sangat kan? Bila entri aku cerita pasal adil, ramadhan, surat berantai, imam & memasak, dan entri pasal orang yang demand atau terlampau memilih dalam bab-bab makan (ikan-mati-lemas) sikit je yang nak membaca. Entri bertarikh 1 Januari 2013 tu tersangatlah ramai yang melawat. Aduhai -_-“. Sebelum korang terpesong dan tersasar dalam menilai blog aku, lebih baik aku tekankan sekali lagi yang blog ni bukanlah diari aku yang boleh aku cerita dan coret pasal semua benda yang berlaku kat aku. Blog ni hanyalah entri-entri lima perenggan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang aku rasa boleh aku kongsikan dengan korang.

               2)Hari ni aku masih dalam mood bercerita lagi.1,2,3 aaand, action! Cerita tentang sekolah menengah aku kat Kuala Lipis, Pahang. Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Ad-Diniah Padang Tengku (SMAPT). Sekolah yang boleh buat aku tersenyum sorang-sorang bila aku duduk sorang-sorang. Kalau aku tersenyum masa duduk ramai-ramai nanti orang kata aku gila pulak. Aku belajar kat SMAPT setahun je, tapi kenangan kat sana boleh buat aku lupakan kenangan empat tahun sebelum tu kat Madrasah Arabiah Kluang (MAK- sebut huruf perhuruf), Johor. Kat SMAPT ramai kawan. Terlalu ramai kawan sebaya, senior  (tingkatan 6) mahupun adik-adik yang dengan bangganya aku gelar diorang sebagai ‘kawan’. Ada jugak kawan yang bukan ‘kawan’. Part tu malas aku nak terangkan, sila buat-buat faham boleh? Haha. Aku belajar kat MAK dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4. MAK memang terbaik. Peraturan, pendidikan, perlaksanaan sunnah-sunnah Nabi SAW, latihan berbahasa Arab, pergaulan antara pelajar lelaki/perempuan dan banyak lagi perkara terbaik yang tak dapat aku sebutkan kat sini. MAK ni sekolah swasta. Kat MAK tak ada aliran Akaun mahupun Sains Tulen. Aku pindah dari situ atas faktor ketidak-mampuan untuk meneruskan pembayaran yuran disebabkan adik lelaki aku pun masuk belajar kat situ.

Madrasah Arabiah Kluang, Johor
                3)Bila aku pindah ke SMAPT aku terkena culture shock. Lelaki dan perempuan boleh pulak selamba penguin berjumpa, bergurau, bergelak tawa. Boleh gelak-gelak dan boleh borak-borak. Masa mula-mula masuk je aku tak biasa dengan situasi tu. Aku ditempatkan ke kelas 5 Ikhlas - kelas terakhir aliran sastera - sebab kelas tu ada tempat kosong. Aku pernah mintak untuk ambik Aliran Akaun tapi cikgu tak bagi sebab aku tak pernah belajar apa-apa pasal akaun masa kat MAK. Aku bersyukur sangat cikgu tak bagi aku tukar kelas sebab budak-budak kelas tu takde lah skema sangat asyik nak belajar je 24 jam. Kalau kita terlalu serius belajar tak dapatlah menikmati zaman keriangan. Ok, part ni jangan ikut cakap aku. Belajarlah sungguh-sungguh sebab aku tak nak bertanggungjawab kalau korang gagal dalam mana-mana peperiksaan. Kelas 5 Ikhlas riuh rendah. Masa aku mula-mula masuk macam-macam soalan yang ditanya, especially dari deretan belakang kawan-kawan perempuan.“Wei budak baru, siapa nama kau?” “Kenapa kau pindah sini?” “PMR dengan SMA kau dapat apa?” “Budak-budak perempuan sekolah kau macam mana ea?”dan soalan yang paling aku ingat, soalan yang diajukan Siti Zahirah ,“Kau ada makwe?” . . . erk. Duduk kat 5 Ikhlas ni aku boleh hafal kesemua lebih kurang 92 orang pelajar tingkatan 5. Ada jugak member-member aku yang duduk kelas depan-depan yang tak kenal budak-budak kelas aku. Apakah? Entah-entah kalau aku duduk kelas Akaun, aku pun tak kenal budak-budak kelas 5 Ikhlas.

Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis
Pahang.
                4)Yang paling aku sayang pasal SMAPT ialah penghuni-penghuninya. Terutamanya kawan-kawan aku yang sama batch. Kalau diorang tak sayang aku balik aku bom je rumah diorang satu-satu. Kawan-kawan aku, diorang tak sedar yang cara diorang berkawan antara satu sama lain sangatlah unik sampaikan aku tertarik. Contoh pertama ialah masa dalam perhimpunan, kawan aku si A pernah panggil nama si B. Tujuannya hanyalah untuk suruh si B betulkan kolar si C yang terkelepet macam orang tak betul. Tak kemas. Contoh kedua pulak, diorang tak kesah kalau disuruh buat benda-benda kecik (ambil baju, ambil lauk dll). Kalau disuruh memang jarang ada yang merungut. Benda-benda kecik macam ni biasanya diorang buat terus. Kat MAK tersangatlah pelik kalau kita suruh kawan kita buat itu ini. Mungkin tak semua. Diorang lagi suka suruh junior yang buat benda-benda tu. Contoh yang terakhir, kitorang suka makan setempat sesama form 5. Of courselah meja tu tak cukup besar untuk semua pelajar lelaki form 5. Jadi kalau aku atau sesiapa makan lambat tapi meja dah penuh dengan selambanya ada yang akan cakap macam ni “Wei, kau dah siap makan kan? Bangunlah, bagi Amry duduk pulak.” Tak ada masalah pun, dia akan bangun dan bagi tempat duduk.  Masa mula-mula dulu aku rasa  pelik sebab diorang tak kecik hati ataupun merungut sebab itu kebiasaan diorang.

                5)Kenangan SMAPT yang paling best haruslah masa SPM. Macam-macam yang kitorang buat. Semua seronok sampai tak tidur malam. Satu asrama tu kitorang punya. Kat sekolah tak ada orang lain selain kitorang. Malam-malam pergi makan kat gerai luar. Tengah malam balut selimut jadi pocong untuk kacau orang. Pukul 3 pagi rakam video miming lagu Ana Rafali. Sebelum masuk dewan periksa dengar lagu kat radio. Petang-petang terjun dalam kolah. Oh indahnya zaman sekolah. Dulu kat SMAPT pernah tergantung banner gambar aku dengan pelajar-pelajar lain sebagai antara yang cemerlang. Ayah aku seronok sangat bila tahu. Biasalah, ayah. Sekadar 7A takdelah cemerlang mana tapi tu dah cukup buat ayah aku gembira. Raya terakhir aku kat Malaysia pun aku raya kat Kuala Lipis dengan kawan-kawan SMAPT. Aku tak raya dengan kawan-kawan MAK. Bukan sebab aku lupakan diorang. Aku masih contact beberapa kawan-kawan MAK tapi yang lain macam tak kenal aku dah. Aku pun macam dah tak kenal diorang jugak. Pernah sorang kawan MAK aku telefon aku. Rupa-rupanya sebab nak pinjam duit je. Hampeh kau. Ku sniper nanti baru tau.

* * *

P/S: Entri ni dedikasi untuk adik aku yang masuk SMAPT  tadi untuk ambil Sains Tulen. Aku doakan dia mampu bawa semua subjek sains walaupun dia tak pernah belajar apa-apa masa tingkatan 4 kat MAK. Moga dia dapat rasa apa yang aku rasa kat sana.

# kawan aku suruh letak nama dia kat blog aku. So Aku letak lah ye. NAWAJ
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment