Blogger Widgets

Pages

Thursday, 24 January 2013

Exam Fever




                                       
             1)Dah lama aku tak update blog ni disebabkan ketiadaan broadband dan kemalasan untuk ke cyber cafe yang berhampiran. Sebab tu aku nak post dua entri sekaligus minggu ni, ganas tak? Gian punya pasal kan. Entri yang ni tersangatlah panjang jadi gagahkan diri korang untuk membacanya. Tapi, insyaallah entri ni bestBest kot (syok sendiri). Dua minggu lepas aku menghadap dua paper, Adab Jahili dan Bahas Adab. Kedua-dua paper ni tak ada kena mengena dengan akhlak ataupun syakhsiah diri walaupun terselit perkataan ‘adab’ kat situ. Aku terjemahkanlah ye. Adab Jahili bermaksud Sejarah Sastera Arab di Zaman Jahiliah.  Bahas Adab pulak ialah Lapangan Kajian berkaitan Sastera Arab. Kedua-dua paper ni aku tak berjaya jawab dengan jayanya. Series. Maafkan Amry ayah maafkan Amry ibu. Malam sebelum peperiksaan Adab Jahili hari tu aku sempat lagi bersenang-lenang sambil menikmati jus buah-buahan dengan kawan-kawan di gerai Pak Arab. Tiba-tiba aku dapat call dari senior. Kat Mesir, kitorang panggil senior kitorang dengan gelaran ustaz dan ustazah dengan niat diorang berjaya menjadi murobbi satu hari nanti.

“Assalamualaikum, Amry. Enta ok tak? Ada apa-apa lagi yang tak faham?” tanya Ustaz Muhajir dengan nada risau dan serius.

“Waalaikumussalam, ustaz. Insyaallah ok. Ustaz jangan risau.” Aku jawab ringkas tapi hati tetap hairan dan pelik kenapa tiba-tiba dia telefon.

“Kalau enta ada apa-apa yang tak faham pasal Adab ni, sempat lagi nak tanya.” Sambung Ustaz Muhajir.

“Tak apalah ustaz. Nanti ana bukak blog Indonesia yang ustaz cakap tu.” Masa tu aku dah tersenyum+tergelak-gelak sopan disebabkan terpelikan bila ada orang yang tanya pasal persediaan aku untuk hari esok. Nasib baik dia tak nampak reaksi  aku.

“OK, enta baca je blog tu. Nota yang dia buat tu dah ringkas dah.”, Ustaz Muhajir sambung lagi.

“Wah !” dengan nada riang dan kuat, “Bagusnya. Tiba-tiba ustaz cakna pasal ana. Haha!”

“Iyalah. Ana dah pernah gagal subjek ni. Ana tak nak lah orang lain gagal jugak.” Jawabnya simple. Aku terkedu. Senyap sekejap.


            2)Keesokan harinya, aku dengan kondifennya keluar dari rumah seawal pagi. Tak banyak yang aku dapat dari ulang kaji yang tak seberapa semalaman walaupun aku tak tidur. Dengan kondifennya aku bawak peralatan untuk menjawab exam dan nota kecil Adab Jahili yang sempat aku terjemah dalam bahasa Melayu. Senang sikit nak baca sejarah sastera ni nanti. Alhamdulillah bas yang aku dan kawan-kawan aku naik pagi ni tak penuh dan sesak macam selalu. Aku selak balik nota yang aku pegang tadi sebagai pengisisan sebelum sampai ke universiti. Aku cuba recall apa yang dah aku baca semalam. Lebih kurang 5 minit aku kat dalam bas tu, aku dapat miss call dari nombor Nawaj. Aduhai budak-budak ni, tak kanlah masa-masa macam ni pun nak main miss call-miss call? Tahulah korang exam petang nanti. Nawaj telefon lagi dan lagi. Akhirnya aku jawab.
Dengan pantas dan tangkasnya aku ucap, “Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam, Am. Aku Nain.”  Zulkarnain, salah seorang kawan aku. Dia guna phone Nawaj untuk telefon aku.

“Ha, kenapa?”

“Kau tertinggal passport

“Aku rasa aku bawaklah. Kejap aku check kat dalam beg.”

“…”




“Alamak, aku betul-betul tertinggal passport!”
Passport menggantikan fungsi IC bila kita ke luar negara. Aku tak boleh ambil peperiksaan kalau tak ada passport.

              3)Aku turun daripada bas untuk balik ke rumah. Aku kena patah balik. Dah lah lambat, lepas tu kena jalan kaki pulak untuk sampai ke rumah. Dibantu pulak dengan cuaca musim sejuk di pagi hari ni dan mata yang tak tidur semalaman. Memang seronok betul kalau hari-hari tinggal passport kan?! Kemudian, kemudian baru aku ingat. Rumah aku letaknya nun jauh di tingkat lima. Ah, aku kena daki tingkat lima ke? Dalam keterhampaan tu  aku gagahkan jugak kaki aku untuk dapatkan buku merah yang penting tu. Sesampai tingkat lima dah ada kelibat Nawaj, Zulkarnain dan Agil yang tersenyum-senyum tengok aku.
Zulkarnain cakap “Kenapa kau balik? Aku baru je nak pergi sana bawak passport kau.”

“Tak apalah. Aku dah sampai dah pun. Terima kasih.”
Selangkah anak tangga aku turun, aku teringat satu lagi benda penting.

“Duit. Aku dah tak ada duit tambang.” Aku mengeluh.

“Nah, nah. Ambik duit ni dulu.” Nawaj hulurkan 3 Genih. 3 Genih yang belum sempat aku bayar sampai sekarang. Aku naik bas lagi. Sekarang ni aku sorang-sorang. Kawan-kawan aku yang lain dah sampai dah. Aku berdiri kat bahagian depan sekali dekat dengan pemandu bas. Pemandu bas tunding jari ke arah bakul sampah yang terlingkup. Dia pelawa aku untuk duduk atas bakul sampah tu. Aku nak reject pelawaan dia? Jangan haraplah. Aku apa lagi, dengan tanpa segan silunya aku terus duduk. Aku terus selak balik buku Adab Jahili yang dah aku tanda bahagian-bahagian pentingnya.

4)Driver bas tu teruskan pemanduannya. Setiap kali ada orang nak turun dari bas dia akan balas dengan “Insyaallah.” Bahasa dia sangat indah. Aku tertarik dengan cara dia hinggakan aku rasa macam nak jadi driver bas jugak. Eh, apesal pulak ni? Geleng-geleng. Tumpukan perhatian kat buku Adab Jahili balik. Tak lama lepas tu ada pak cik lingkungan 50-an naik bas tu. Dia pun berborak-borak dengan driver bas. Aku? Aku hanyalah manusia Asia Tenggara yang kerdil, yang berada di antara diorang berdua, yang sedang buat-buat ulang kaji Adab Jahili.
“Essyams gameel. (Matahari hari ni cantik)” kata pakcik driver. Memang matahari sesuatu yang cantik dan indah bila tiba musim sejuk ni.

Dia tepuk bahu aku sambil senyum “Ta’rif syams? (kau tahu tak syams [matahari]?)”.

“Naam. (ya)”

“Enta tidris eh? Adab Gahili? (kau belajar apa ni? Adab Jahili?)” giliran pak cik 50-an pulak bertanya.

“Naam.(ya)” aku jawab ringkas.

“Enta fi sanah eh (kau tahun berapa sekarang)?” tanyanya lagi.

“Sanah uula (tahun satu)”

“kam sanah lid diraasah? (berapa tahun semuanya)”

“Arbaah sanawaat (empat tahun)”

“Wenta Indunisi? (kau ni orang Indonesia?)”

“La’ah, ana Malizi.(tak lah, aku orang Malaysia)”

“Ahsan naas (sebaik-baik manusia)” orang Malaysia memang dianggap baik sebab kita ni kaum yang lembut. Baik dari segi pertuturan mahupun perlakuan.

Sampai satu tempat, dia sambung lagi, “Tinzil hena? (kau nak turun kat sini?)”

“La’ah. Uddam Syuwaiyah (tak, depan sikit lagi).”


5)Korang jangan tanya dan jangan cuba tanya kenapa aku jawab sikit-sikit je dan simple-simple. Aku ni kan sopan dan menjaga adab. Ceh! Dah terang lagi bersuluh yang aku ni memang lemah dalam berbahasa Arab. Aku masih dalam tempoh pembaik-pulihan dan memperkuat bahasa Arab aku. Doakan aku wahai pelawat blog aku :) . Macam mana dengan exam aku? Hasilnya aku agak menyesal dengan jawapan aku untuk paper Adab Jahili. Soalannya senang. Cuma aku yang tak hafal. Ini baru kisah Adab Jahili. Paper Bahas Adab lagi lah teruk. sob3. Baru aku tahu beza mahasiswa dengan pelajar sekolah menengah. Arrrgh !





Comments
2 Comments

2 comments:

  1. kikiki....lain kali tinggal lagi paspord 2..cuai da..

    ReplyDelete
    Replies
    1. konfiden sangat sampai tak perasan. ingat kan dah bawak, cis

      Delete