1)Sila teliti statement-statement dibawah. Jawapan kepada
statement berikut hanya korang dan Allah je yang tahu.
· - Adakah korang merupakan salah seorang dari
pelajar yang cemerlang dalam kelas?
· - Setiap kali cikgu
bertanyakan soalan dalam kelas, korang antara pelajar yang ingin mencuba untuk menjawab.
· - Korang menjadi sumber
rujukan kawan-kawan lain dalam sesebuah subjek. (Kadang-kadang cikgu pun jadikan korang sumber rujukan).
· - Kerja-kerja yang cikgu bagi
dapat korang siapkan dengan tangkas dan cepat sedangkan kawan-kawan lain
sedikit lambat.
Kalau salah satu dari statement-statement kat atas ni ada pada diri
korang, maka koranglah yang paling layak untuk baca entri aku pada kali ini.
Tahniah! Eh lupa pulak. Entri ni lagi sesuai untuk adik-adik yang masih di
bangku sekolah, bukan makcik-makcik yang dah belajar kat universiti. Tapi apa
salahnya kalau nak tumpang sekaki kan.
2)Beberapa minggu yang lepas,
aku pergi pusat Markaz Bahasa Arab kat universiti Al-Azhar. Markaz ni khas
untuk budak-budak bukan Arab yang tak berapa mahir berbahasa Arab. Kalau
aku kena pergi kelas tu, secara otomatiknya aku ni kategori yang tak mahir berbahasa Arab lah kan? Ada satu masa tu, ustaz tanya salah seorang pelajar kat situ tentang salah satu pelajaran yand dah ustaz ajar. Tapi respond dia lambat sikit sekaligus membuatkan kitorang yang lain cuba untuk ‘jawabkan’ soalan tu. Aku pun tak terkecuali sebab aku nak tunjuk bahawasanya aku faham apa yang ustaz ajar hari tu. Dalam pada kitorang riuh sibuk cuba menjawab soalan tu, ustaz tunjuk kasut kulit dia. “Ma haza? (Ini apa?)” ustaz tanya. Kitorang dengan kondifennya jawab “Khiza’ (kasut)". Ustaz sambung “Khiza fil famm, turid? (Kamu nak kasut kat mulut?)”. Harap-harap korang fahamlah maksud ustaz tu. Dia tak nak kitorang sibuk menjawab soalan yang ditujukan kepada pelajar lain. Dia nak uji kefahaman pelajar tu je, bukan satu kelas.
aku kena pergi kelas tu, secara otomatiknya aku ni kategori yang tak mahir berbahasa Arab lah kan? Ada satu masa tu, ustaz tanya salah seorang pelajar kat situ tentang salah satu pelajaran yand dah ustaz ajar. Tapi respond dia lambat sikit sekaligus membuatkan kitorang yang lain cuba untuk ‘jawabkan’ soalan tu. Aku pun tak terkecuali sebab aku nak tunjuk bahawasanya aku faham apa yang ustaz ajar hari tu. Dalam pada kitorang riuh sibuk cuba menjawab soalan tu, ustaz tunjuk kasut kulit dia. “Ma haza? (Ini apa?)” ustaz tanya. Kitorang dengan kondifennya jawab “Khiza’ (kasut)". Ustaz sambung “Khiza fil famm, turid? (Kamu nak kasut kat mulut?)”. Harap-harap korang fahamlah maksud ustaz tu. Dia tak nak kitorang sibuk menjawab soalan yang ditujukan kepada pelajar lain. Dia nak uji kefahaman pelajar tu je, bukan satu kelas.
3)Inilah point yang aku nak
highlightkan hari ni. Kita (korang dan aku yang bajet pandai) selalu memeriahkan
kelas dengan jawapan-jawapan yang genius dan tepat. Tapi sedar atau tak penyertaan
kita tu dah menutup ruang penyertaan pelajar lain. Ada sesetengah pelajar yang
nak sangat mencuba tapi disebabkan dia terlambat sikit, dia batalkan niat dia.
Ada sesetengah pelajar lain pulak memang tak nak lansung mencuba sebab dia tahu
mesti ada orang yang akan tolong jawabkan soalan-soalan yang ditanya cikgu.
Kita yang pandai ni akan terus pandai. Diorang yang di belakang akan terus
di belakang. Masa sekolah menengah dulu aku pun suka sangat mencuba. Lagi-lagi
bila sampai subjek yang aku minat. Aku akan sedaya upaya cuba untuk mengalahkan
seluruh kelas. Maka akan terjadilah situasi ‘Amry versus Seluruh Kelas’.
Biasalah, orang bajet pandai. Bila mana asyik aku je yang menjawab, cikgu ada dua
pilihan untuk memastikan semua pelajar mencuba. Pertama, semua pelajar kena
berdiri dan yang dapat jawab boleh duduk. Of Courselah aku antara orang
yang paling awal dapat duduk kan? Pffttt. Pilihan kedua, cikgu kena suruh aku
diam. Bila situasi kedua ni berlaku, secara otomatiknya hidung aku memanjang ke
langit, hati aku berbunga macam taman dan otak aku ligat memikirkan gaya macam mana untuk
mengekspresikan riak muka seorang budak pandai. Eh, macam melampau sangat je.
4)Sebelum aku ke Mesir, aku
berkesempatan untuk mengajar junior-junior aku kat Kluang, Johor, subjek yang
paling aku minat, Nahu. Masa tu lah baru aku perasan dan faham perasaan cikgu
bila orang yang sama je menjawab dan memeriahkan kelas. Asyik-asyik dia je yang jawab. Aku nak dengar
suara orang lain jugak. Aku tahu kau
faham apa yang aku ajar. Aku nak tahu jugak budak-budak lain faham atau tidak. Dah
kalau asyik muka kau je yang jawab, macam mana aku nak tahu kawan-kawan kau
faham atau tidak. Cis. Nak aje aku sumbat bawang Mesir yang pahit ni kat mulut
kau. Budak cerdik pandai, bukanlah dia
nak tunjukkan kepandaian dia dalam kelas
tapi tu semua tindakan refleks seorang penuntut ilmu untuk menzahirkan
kefahaman dia pada guru. Masa belajar dia tak sedar yang secara tak lansung dia
dah menyukarkan dan menyusahkan kawan-kawan lain dan guru. Tapi bila dia jadi ckgu satu hari nanti, baru dia sedar kesilapan dia. Terkena batang hidung aku sendiri.
5)Tak jadi masalah kalau
korang-korang yang cerdik pandai nak mencuba jawab soalan-soalan. Tapi bukan
SEMUA soalan korang patut jawab. Benda-benda yang kecik dan mudah tu korang
bagilah peluang kat kawan-kawan lain pulak. Dengan cara ini korang
akan membahagiakan diri korang, membahagiakan masa depan kawan-kawan korang dan
membahagiakan cikgu-cikgu korang, itu yang lebih utama. Sesampainya aku kat Mesir,
aku alami benda yang sama. Aku yang dulunya hero dalam kelas kini hanyalah
seorang pelajar Melayu yang sopan, pendiam dan sedaya upaya mengelak dari
ditanya oleh lecturer. Cett! Salah satu sebab aku jadi macam tu ialah aku tak
berapa faham apa yang lecturer cakap. Bahasa Arab dia bukan macam bahasa Arab
yang kita selalu dengar. Ana uhibbuki, aina taskunu, min aina ji’ta. No no no!
Bahasa Arab yang dia guna ialah yang aku tak pernah dengar, dan
bahasa Arab yang maksima laju. Jadi, yang faham apa yang lecturer cakap hanyalah pelajar-pelajar Arab Mesir, pelajar Arab dari negeri lain, dan pelajar Indonesia/Thailand yang super pick up. Kebanyakan orang Malaysia
terkebalakang. Kadang-kadang aku dah ada jawapan untuk soalan yang lecturer tanya tapi apakan daya pelajar-pelajar Mesir lebih tangkas menjawab. Aku pulak masih
terkial-kial menyusun ayat supaya tak tersalah baris dan tatabahasa. Tu saja
perkongisan aku. Dan akhir sekali, pesan aku kepada si cerdik pandai, dengan
berdiam diri pun korang boleh membantu kawan-kawan dalam kelas. Da da !