"Semangat aku yang membara. Sekuat semangat
bercinta.
Ku rela tinggalkankan segalanya.
Assalamualaikum semua."
1)Assalamualaikum semua! Korang familiar dengan rangkap di atas? Taip ON RANGKAP dan hantarkan ke 32322. Kat atas ni ialah salah satu rangkap dari lagu Sleeq ft. Aaron Aziz – Salam Semua. Aku masih tak puas hati sebab Aaron Aziz tak menyanyi apa-apa dalam lagu tuh - dia cuma cakap tiga baris dialog je, tak menyanyi lansung! Lansung! Cis, aku rasa tertipu bila aku tengok “Sleeq ft. Aaron Aziz”. Tapi tu bukan pointnya hari ni. Hari ni aku cuma nak cerita sikit tentang memberi salam, satu syariat indah yang Islam galakkan. Asal hukum memberi salam ialah sunat manakala asal hukum menjawab salam pulak ialah wajib.
2)Masa sekolah rendah dulu, kitorang ada assembly / tajammuk / perhimpunan tiap-tiap pagi Isnin. Then, Ada seorang ustaz berucap kat atas pentas masa assembly tu. Dia menyatakan keluhan dia bila mana dia berjalan dalam kawasan sekolah dan terserempak dengan sekelompok pelajar. Kalau ada tujuh orang pelajar dalam kelompok tu, kesemua tujuh orang tersebut akan memberi salam. Ini bermakna dia perlu dan wajib menjawab semua ketujuh-tujuh salam tersebut.
3)Kes lain pulak, still masa sekolah rendah. Kitorang ada sesi motivasi masa tu. Kesemua batch kitorang duduk atas lantai dalam dewan yang besar untuk menunggu penceramah. Kitorang dibahagikan mengikut jantina, Lelaki di sebelah kanan, dan perempuan di sebelah kiri. Bahagian tengah pulak dikosongkan membentuk satu laluan. Kitorang dengan selambanya berborak-bergurau sebab penceramah belum sampai. Tiba-tiba ada sorang pakcik ni yang dengan konfidennya kitorang tahu bahawa dia bukanlah cikgu kitorang, dia berjalan kat laluan kosong tu, dari depan dewan hingga ke belakang dewan. Berkali-kali jugaklah dia buat benda yang sama.
4)Akhir sekali dia cakap (lebih kurang) “Pelajar-pelajar sekolah ni tak ada rasa hormat kepada penceramah. Dari tadi saya berulang-alik depan ke belakang, tapi tak ada seorang pun di antara kamu yang ucapkan salam pada saya”. Wah, pak cik ni penceramah rupanya. Kenapa nak marah-marah ni? Kitorang tak tahu pun pak cik ni penceramah kitorang. Janganlah marah pakcik. Cool-cool sudahlah. Nanti rupa pak cik yang tua ni jadi semakin tua. Lagipun kitorang kan budak kecik lagi. Hmm, budak kecik?
5)Kita selesaikan masalah pakcik dan ustaz ni dengan satu hadits Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud “Hendaklah...
1) yang muda memulai memberi salam kepada yang tua,
2) yang berjalan kepada yang duduk
3) dan yang sedikit kepada yang lebih banyak..” Dan dalam suatu riwayat:
4)“dan yang bertunggangan (berkenderaan) kepada yang berjalan.”. Hadits ni jelas menyuruh orang yang lebih muda memulakan salam. Tapi, Bukan terhenti sekadar itu. Kalau Ustaz tak nak penat menjawab tujuh salam, kenapa ustaz tak mulakan salam terlebih dahulu sebelum pelajar-pelajar mulakan? Bukan ke kelompok yang lebih sedikit yang sepatutnya memberi salam? Kenapa pak cik nak marah-marah? Bukan ke orang yang sedang berjalan yang sepatutnya memberi salam kepada orang-orang yang sedang duduk?. Nabi Muhammad dah selesaikan masalah kita lebih 1000 tahun yang dulu. Cuma kita sebagai ummatnya, tak habis lagi mengkaji dan lupa mendalami ilmunya.

Assalamualikum :-D
ReplyDelete1st comment :-D
waalaikumussalam, tak ada orang nak berebut nak komen pun kat blog nih. haha
ReplyDelete