1)Beberapa hari yang lepas, aku baca
blog Atiqah Syuhada a.k.a Syusyek. Syusyek tulis pasal umi dan ayah dia, entri yang
sangat menarik perhatian aku. Umi dengan ayah Syusyek tersangatlah cool. Memanglah sangat cool, tapi jangan lupa, we have our own
too. Jadi aku pun terpanggil untuk melakukan sejenis seni plagiarism. Aku nak tulis pasal ibu dan ayah aku pulak, boleh? Kalau boleh, sila teruskan pembacaan korang. Beberapa hari yang lepas aku ada
telefon ayah untuk bertanya khabar dan untuk mintak resepi Nasi Carrot. Bila
sampai turn aku bercakap dengan ibu, ibu cakap, “Ingatkan dah lupa ibu ayah.” Gulp, haha. Rasa terpukul. Aku memang jarang telefon parents sejak dari
sekolah menengah, sejak mula-mula masuk asrama sebab
pertaturan sekolah ketat sangat. Penggunaan public phone hanya pada pukul 10 -10.30 malam. Dah lah ramai budak kat asrama
tu. Sampai giliran budak yang suka
mengadu itu dan ini, budak yang suka merengek, dan budak yang sikit-sikit nak
menangis, memang terpaksa tunggu lama dengan penuh kesabaran. Ditambah pulak
dengan senior-senior yang tak kesah memotong barisan semata-mata nak telefon
awek diorang. Ini LAGILAH memerlukan kesabaran. Daripada aku telefon parents untuk cakap benda-benda tak penting then buat diorang risau, lebih baik aku duduk kat dalam bilik main dam. Ibu risau jugak bila aku tak telefon dia tapi
lama-lama dia jadi biasa. Kalau Amry telefon dia mesti ada benda penting seperti ada program
sekolah, tak cukup duit, nak balik cuti dan lain-lain lagi. Kat Mesir pun
aku kurangkan telefon. Aku tengok kawan-kawan yang selalu telefon
Malaysia, mak ayah diorang mudah risau
dan keluh kesah. Lagi-lagi bila berlakunya rusuhan kat Port Said baru-baru ni yang letaknya
200-300 km dari Kaherah. Dan rusuhan tu tak menjejaskan lansung aktiviti pelajar-pelajar Malaysia
di Kaherah.
Cerita tentang mereka.
2)Sesampai kat
Mesir, macam-macam benda yang aku ingat balik. antaranya cerita-cerita pasal aku, ibu dan ayah. Pernah dulu masa sekolah rendah aku buat benda yang kelakar. Masa tu
cuti panjang, cikgu memang bagi kerja rumah banyak-banyak dengan
harapan pelajar-pelajar dapat buat sesuatu yang bermanfaat masa cuti nanti. Aku pun gunakan cuti panjang tu dengan sebaik mungkin. Main bola, tengok tv, keluar rumah, main bola lagi, tidur dan lain-lain. Sampailah malam Isnin, malam terakhir cuti panjang. Aku tengok banyak kerja aku yang tak siap lagi. Eh, silap. Bukannya tak siap tapi tak bersentuh pun. Aku tunggu semua orang tidur lepastu aku bukak semua kerja sekolah. Aku konfius sebab banyak sangat. Aku tak mampu nak siapkan kerja yang banyak. Deadline kerja-kerja tu semuanya bertarikh esok. Aku pening, jadi tak tentu hala. So, aku pun ambik langkah berani. Aku menangis sorang-sorang dengan harapan ibu ayah dengar sebab bilik diorang paling dekat dengan ruang tamu. Akhirnya harapan aku jadi kenyataan! The two saviours are here! Ibu ayah keluar dari bilik, diorang tak marah. Diorang tengok kerja-kerja aku yang berlambak tu, pastu diorang suruh aku tidur. Diorang tolong buatkan untuk aku! Wah, sangat nikmat cuti panjang masa tu. Sebelum aku masuk bilik, aku sempat tengok diorang. Scene yang aku tak boleh lupa. Diorang duduk kat lantai berdua-duaan membuat kerja sekolah anak dia, siap berbincang lagi! Macam sepasang pelajar kolej yang mabuk bercinta, yang berpura-pura membuat assignment demi menghalalkan perjumpaan diorang.

Cerita tentang ayah.
3)Dulu kitorang
takut dengan ayah sebab ayah ada kemahiran menggunakan rotan dan tali pinggang.
Bila aku masuk sekolah menengah, ayah dah tak sebat lagi, sesuai dengan kaedah
yang Sayidina Ali ajar. Kaedah menjadikan anak sebagai kawan apabila mereka
semakin dewasa. Aku bersyukur ayah gunakan method sebat-menyebat dalam mendidik
anak. Kalau tak, mungkin akulah anak yang paling degil dan biadap.Lagipun orang
lain lagi teruk.Ada yang kena ikat kat pokok, ada yang kena libas dengan getah
paip. Ibu pulak tak reti pukul anak. Paling power pun dia pakai hanger je, kiut
sangat. Aku terpaksa buat-buat nangis supaya ibu tak marah. Cara ayah selesaikan kenakalan anak dia sangat
luar biasa. Dia tak buat benda-benda cliché. Antaranya korang boleh tengok kat entri Bunyi Itu Lagi! masa abang aku mintak mercun. Masa umur aku 5 tahun, aku pernah gaduh dengan kakak
aku, dia darjah lima. Kitorang bertumbuk,b ercakar dan menjerit tapi masih tak ada yang nak mengaku kalah. Kitorang tak
nak berhenti bergaduh. Tiba-tiba ayah datang bawak dua pisau. Ayah bagi
sorang satu. Dia suruh kitorang guna pisau-pisau tu untuk gaduh. Automatically,
kitorang berhenti bergaduh. Simple. Benda yang paling best tentang ayah aku, dia mahir dalam macam-macam benda terutamanya memasak. Tapi ilmu memasak tu sampai kat aku bila aku dah pijak bumi Mesir, haha. Kat Malaysia sangatlah pemalas. Masa aku kecik, aku pernah ikut ayah pergi
beli barang untuk buat ais-krim potong. Kitorang naik kereta, ayah duduk
sorang-sorang kat depan, aku pulak duduk kat belakang. Ayah tinggalkan aku dalam kereta untuk beli barang. Tiba-tiba
aku rasa macam nak jadi nakal. Aku pun baring kat lantai bahagian belakang kerusi
driver. Bila ayah masuk, ayah terus start enjin dan jalan tanpa menoleh kerusi belakang. Ayah panggil aku
tapi tak berjawab. Ayah panggil lagi banyak kali tapi aku senyap je. Ayah
toleh kerusi belakang, dia tak nampak aku. Ayah pun patah balik ke kedai tadi. Aku tengok
ke luar tingkap. Dari dalam kereta, ayah tanya orang kat situ,
“Ada nampak anak saya tak?”
Aku pandang orang tu, dia cakap “Tu kat belakang.”
Ayah terkejut. On the way balik tu ayah cakap dengan nada perlahan, nada yang selayaknya digunakan bila bercakap dengan anak kecil,
“Abang-abang awak tunggu ayah kat rumah, banyak lagi kerja yang kita nak buat, Am.”

Yes, prank aku menjadi. Tapi kesian kat ayah. Aku kacau dia masa dia ada banyak kerja.
Coret-coret tentang ibu.
4)Dia jarang
marah, tapi kuat merajuk. Sebab tu lah aku pun kuat merajuk (alasan). Sebelum aku
masuk tadika, ibu beli buku-buku untuk membaca. Dialah yang ajar aku
cara-membaca. So, bila aku masuk tadika, dengan coolnya aku rasa aku macam Adi
Putra sebab aku sorang je pandai membaca. Korang semua tak sebijak aku. Haha. Adik
beradik kitorang - terutamanya yang
lelaki - suka duduk bersandar kat ibu, suka baring kat riba dia, suka sakat dia
sampai diarimas. Seronok kacau ibu.
Aku sakat ibu, “Ibu ni suka lebih-lebihkan abang Bahry dari Am. Kalau
abang Bahry dulu, ibu belikan kek untuk dia, ibu urut muka dia. Ibu tak buat
pun macam tu untuk Am.”
Hari yang lain, abang aku pulak cakap, “Ibu lagi sayang Adha
daripada Bahry. Masa dia sekolah rendah lagi ibu bagi dia handset. Ibu bagi dia
pergi cyber café. Ibu tak pernah layan Bahry macam tu.”
Ibu tak tahu nak cakap macam mana dah. Dia cakap dia sayang
semua-anak dia. Lepas tudatang pulak Abang Long, “Adik-adik abang semuanya ibu
sayang. Ibu tak sayang abang pun.”
“Eh, ibu sayanglah. Sini ibu sayang awak, nak sangat kan?” ibu cium pipi Abang Long sambil ketawa geram.
Abang Long pun ketawa jugak. Sekarang ibu dah ada menantu dan cucu. Aku ada
satu point lagi untuk kenakan ibu.
“Ibu lagi sayang Kak Mar dengan Aish. Masa Am kecik-kecik dulu ibu
takde pun jaga macam ibu jaga Aish”.
“Eh, mestilah. Tu kan menantu dengan cucu ibu,” haha. Ibu dah
semakin mahir menangkis ayat-ayat aku.
Aku selalu mintak ibu ayah suapkan nasi untuk aku. Aku malas guna
tangan sendiri. Malas nak basuh tangan. Ibu selalu cakap,
“Kau masa-masa macam ni lah nak manja-manja dengan ibu. Nak duduk meleset-leset kat ibu. Nanti kalau dah kahwin kau lupalah ibu ayah.” Oh, tidak sama sekali.
“Kau masa-masa macam ni lah nak manja-manja dengan ibu. Nak duduk meleset-leset kat ibu. Nanti kalau dah kahwin kau lupalah ibu ayah.” Oh, tidak sama sekali.
5)Kita semua
beruntung dengan apa yang kita ada sebab
ramai lagi orang yang lebih malang dari kita. Aku pernah tengok ayah yang tak boleh pukul lansung nak anak-anak kecik dia. Sampaikan anak-anak dia buat
benda-benda nakal pun dia cuma tegur sekadar memenuhi tuntutan bila berada di
rumah orang. Bila anak-anak dia sepak dia, dia tak buat apa-apa. Dia cuma pujuk
je. Sampaikan anak-anak dia sepak kat muka pun dia senyap je. Kaedah ni lah
yang aku rasa salah. Ramai yang terlampau sayang anak sampaikan dia tak tahu
nak buat apa bila anak-anak kecik dia buat hal depan orang ramai. Dia nak
pukul, kesian. Dia nak marah pun anak dia tak nak dengar sebab anak dia tak
takut dengan ibu ayah dia. Lebih merisaukan kalau-kalau si anak dah tak ada
hormat pada ibu ayah. Maka apa yang dinyatakan
Nabi Muhammad dalam hadis kat atas tu tersangatlah benar. Ramai ibu bapa
yang membesarkan anak tapi apabila dia dah besar, anak-anak menderhaka pulak. Anak dah jadi macam tuan, ibu pulak seperti hamba sahaya. Inilah pelaburan yang sia-sia. Ibu
bapa cuma mengeluarkan duit dan tenaga yang banyak selama bertahun-tahun dalam
pelaburan yang tak ada untung pada masa akan datang, bahkan kerugian yang berlipat
kali ganda.
1st komen dari abg long :D
ReplyDeleteAbang Long yang ngade2. :P
Deletetiru entry aku !
ReplyDeletesebab entri ko sentiasa terbaik
Delete