Gambar |
1)Melengkapkan
post yang lepas (Masak dan Imam), aku menulis entri ni khas untuk sahabat-sahabat,
pakcik-pakcik, adik-adik dan abang-abang yang sudah layak berkahwin. Haiceh. Ramai
lelaki yang tanpa segan silu boleh menjadi Imam kepada seorang makmum mahupun
makmum-makmum yang ramai dan boleh menjadi imam untuk 3 solat ‘jahr’ (solat yang dibaca
dengan kuat) mahupun 2 solat ‘sirr’ (Zohor dan Asar). Tapi lebih ramai muslimin
di Malaysia yang gemar menjadi makmum setia-hujung-nyawa lalu menyerahkan
tampuk ke-imam-an kepada orang-orang di kanan kiri mereka. Jadi entri kali ni
hanyalah pertolongan kecil kepada mereka yang pada asalnya segan-malu-takut
untuk menjadi imam, tetapi masih ada sekelumit persaan untuk melaksanakan tugas
yang aku kira sebagai 'misi-mesti-buat' oleh seorang lelaki muslim yang sudah baligh. Adapun kepada mereka yang memang tak terdetik lansung untuk menajdi imam, berhadapanlah dengan cermin dan tanya pada cermin tersebut, 'kenapa aku tak nak jadi imam?'. Jom kita kaji beberapa faktor
yang menyebabkan kita segan-malu-takut untuk menjadi imam di dalam solat. Antara
sebab musababnya ialah :
1.
Yakin bahawa suara tidak sedap.
2.
Takut salah tajwid dan susunan ayat.
3.
Tak hafal doa dan wirid.
4.
Tak hafal surah panjang. Erk, masalah macam ni pun ada?
5.
Tak kondifen dan tak yakin pada
diri.
2)Masalah
yang pertama ni aku rasa masalah yang paling banyak berlaku dikalangan
muslimin Malaysia dimana diorang sendiri percaya yang suara diorang tak
sedap. Suara kita memanglah tak sedap kalau nak dibandingkan dengan Fatih Seferagic. Kita kena tahu bahawa pembacaaan Al-Quran berbeza daripada lagu-lagu yang selalu kita nyanyikan.
Dalam hal menyanyi, lagu akan jadi rosak dan tak sedap didengar kalau suara
kita tak sedap. Tapi bacaan Al-Quran tak macam tu. Bacaan boleh jadi sedap
didengar walaupun suara kita tak sedap. Tak percaya? Betulkan tajwid kita dulu. Ustaz
aku seorang penghafaz Al-Quran pernah pesan, cara untuk jadikan bacaan kita sedap adalah
dengan memperbetul bacaan dan tajwid. Masa mula-mula dulu aku tak percaya tapi bila
aku dengar sesetengah senior yang baca Al-Quran tanpa lagu tapi dengan
tajwid yang betul, baru aku faham Bacaan
diorang boleh buat orang cair-cair dadih gitu. Sememangnya faktor suara tak menjadi
masalah. Masalah tajwid pulak ialah masalah yang tak boleh di pandang remeh
kerana hukum mempelajari tajwid ialah fardhu kifayah, dan hukum membaca
Al-Quran dengan tajwid pulak ialah fardhu ain. Nak tak nak kita kena carik
mana-mana buku tajwid dan rujuk kepada orang yang lebih pandai. Andai kata
jiran darjah 6 tu lebih pandai dari kita maka rujuklah dia. Tak semestinya kita
kena tanya semua hukum. Tanya hukum-hukum tertentu pun dah memadai. Dan jangan memandai nak baca buku tajwid tanpa cikgu. *tsk tsk tsk. Takkan berkesan.
3)Masalah
seterusnya ialah takut tersalah susunan ayat. Aku rasa semua orang pernah terlupa
ayat masa jadi imam. Masa tu mulalah jantung berdegup kencang tak tahu nak buat
apa. Senang je, baca Basmalah dan mulakan surah lain. Surah yang jadi pilihan
bila kita terlupa biasanya surah-surah 3 Qul. Kan? Kan? Jangan risau sebab kita
semua ada masalah ni. Seterusnya ramai antara kita yang tak nak jadi imam sebab
tak hafal doa dan wirid selepas solat. Betul ke? Takkanlah tak ada lansung doa
yang kita hafal. Doa ibu bapa? Doa berlindung dari hutang? Doa penerang hati
sebelum mula belajar? Step-step doa ialah seperti berikut. Mula-mula kita kena
mulakan dengan Tahmid (Alhamdulillah) dan selawat ke atas Nabi. Kemudian kita
baca lah doa-doa yang menjadi pilihan di hati. Akhir sekali kita tutup doa-doa
tersebut dengan selawat kemudian Tahmid sekali lagi. Tahmid dan selawat ada
bermacam-macam jenis. Kalau tak hafal yang panjang, mulakanlah dengan yang
pendek. Kalau tak hafal yang pendek silalah hafal. Kalau malas jugak, pandang ke cermin dan tanyalah cermin tersebtu, 'Kenapa aku tak reti bertahmid dan berselawat ye?'
4)Yang
seterusnya, masalah yang pelik. Tak nak jadi imam sebab tak hafal surah-surah
panjang? Haha! Aku yang fikir masalah ni pun rasa kelakar. Ni lah bahana menaip
malam-malam. Otak tak berapa center. Aku rasa masalah macam ni tak ada atau tak
patut ada kot. Tapi aku cuba selesaikan jugak. Tak ada orang yang mewajibkan
kita menghafaz surah panjang-panjang dalam solat mahupun di luar solat. So, kita
boleh baca surah-surah pendek yang kita dah hafal kalau kita tak yakin yang
kita boleh baca surah-surah panjang.Kalau surah-surah pendek pun tak hafal? Bolehlah
start menghafal mula dari sekrang. Sebab Insyaallah ayat-ayat yang kita hafal
tu akan jadi penjamin kita kat hari kiamat nanti. Masalah terakhir yang aku nak
bincang ialah tak yakin pada diri sendiri. Eh, kenapa tak yakin pulak?
Sedangkan orang perempuan pun boleh jadi imam sesama mereka. Ni kan pulak kita,
lelaki. Tak macho lah kalau tak boleh jadi imam. Mungkin kita tak yakin kita
boleh jadi imam bila wujudnya masalah-masalah kat atas. Selesaikan satu persatu
masalah-masalah yang wujud tu. Dan perlahan-lahan latih diri jadi imam. Kalau kat
rumah bolehlah ajak adik-adik berjemaah. Kalau boleh lebih baik ajak mak kita. Mesti mak kita
rasa sejuk hati bila anak dia sendiri jadi imam untuk dia dalam solat. Kalau
tak yakin untuk jadi imam solat Maghrib, Isyak dan Subuh, mulakan dengan solat
Zohor dan Asar dulu. Tapi kalau sekarang memang dah mampu jadi imam untuk dua
solat tu, maka silalah beralih kepada solat-solat yang tiga tu pulak.
5)Aku
habiskan entri aku setakat ni je dulu. *susun jari macam menghadap sultan*. Mintak
maaf kalau entri kali ni tak macam enti-entri lepas sebab aku tak berapa nak
betul sekarang ni. Orang putih kata ‘he is not even in his sound mind’ .
Eh betul ke? Lebih kurang macam tu lah. Oh ye, maybe masalah-masalah yang aku
tulis ni cuma sebahagian masalah yang jadi penghalang untuk kita
meng-kehadapan-kan diri menjadi imam. Kalau ada masalah-masalah lain yang korang
rasa relevan untuk dibincangkan, sila tulis kat ruangan komen kat bawah ni atau
kotak chat di sebelah kanan tu.. Kalau dah banyak nanti, aku akan tulis entri
lain. Komen banyak-banyak supaya lengkap 5 perenggan. Ingat, tak macho lah kita
kalau tak boleh jadi imam. Dada!
Assalamualaikum .
ReplyDeleteustaz , kalau boleh setiap point lain lain perenggan lah ust . buat buat tak nmpak je dia dah lebih dari 5 perenggan , baru senang nk bace , hehe .
anyway , nice entry . nmpak kelainan dari entry entry lain . tahniah bro . moga celik mata ikwah ikhwah sane utk berebut rebut jadi imam =P
Waalaikumussalam doktor. terima kasih untuk kritikan membina.
Deletetu lah pasalnya. nak jadikan 5 perenggan punya pasal, tak dapat nak buat satu perenggan satu point.
maybe lepas ni boleh kot. satu entri satu pendahuluan,3 isi, 1 penutup. settle..
eh, ikhwah kat sini semua boleh jadi imam. lagi2 orang selangor. ahakz. boleh lah carik jodoh orang selangor
lagi satu , apa kata kalau ust bagi sama garisan garisan perenggan tu . jadi mcm surat khabar tu , baru kemas sikit . muehehe lebih lebih lah pulak kan .
Deleteohhh iya ? org pahang pun boleh kan ? cari org pahang je lahh kot . senang sikit =)
Oh, cadangan tentang garisan tu akan dipertimbangkan. terima kasih doktor.
Deletenak orang pahang pulak? boleh2. nak muhafazah mana? lipis ke raub? :)
tu belum decide lagi . kena tanya umi dulu , haha ,
Deleteumi ko dah cakap ngan aku. dia kata terpulang kat ko nak pilih mana2
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteblog ko ada isi...bulih gi jauh...
ReplyDeleteTerima kasih sifu. insyaallah
Deletethis is a nice entry amry. It is so damn true being an imam is the 'tuga-wajib-buat' for muslims. keep it up. but, why the tulisan comment warna putih. susah mau baca lor.
ReplyDeleteyuppies. tugas wajib bagi seorang lelaki
Deletewalaupun solat jemaah tu hanya fardhu kifayah. takkan lah nak tunggu bapak mertua tolak jadi imam baru nak praktik, eheh.
terima kasih untuk komen tulisan komen, baru perasan.