Blogger Widgets

Pages

Monday, 4 March 2013

Perihal Rokok.


        1)Semalam baru je tamat Program MOMENTUM '13 anjuran BKMIP. Program ni berlansung selama dua malam. Tak ada hari, malam sahaja. Sebab tak nak mengganggu waktu kuliah. Aku join jua walaupun pada awalnya badan aku berat sebab tentatif program ni 6 jam lamanya. Bila aku pikir balik, aku duduk rumah pun bukan buat apa-apa, baik aku pergi. Selesai malam pertama program MOMENTUM '13, kitorang diberi tugasan untuk cari penyelesaian beberapa masalah untuk dibentangkan pada malam kedua. Aku tengok masalah-masalah yang diberi satu persatu. Hmm. Pelajar malas ke program anjuran persatuan? Rangka semula program yang menarik atau jadikannya sentiasa menarik. Masalah pergaulan tak syarie? Galakkan kahwin awal, maka selesai masalah. Masalah solat jemaah? Galakkan kahwin awal, maka hampir setiap hari mereka akan berjemaah. Eheh. Masalah mahasiswa perempuan yang gemar keluar rumah pada waktu malam di Mesir? Galakkan kahwin awal, maka tanggungjawab persatuan sudah berkurangan dengan adanya si suami. Masalah ukhuwah antara senior dan junior. Erk, kalau kita galakkan kahwin awal maka bertambah parahlah masalah ni. Lebih baik jangan. Dan masalah rokok? Hmm. Pelajar Al-Azhar pun ramai yang merokok. Alhamdulillah batch aku cuma sorang je yang merokok. Harap-haraplah angka 1 tu boleh turun kepada sifar.

       2)Kalau cerita pasal rokok, ayahanda akulah yang mendidik anak-anaknya dari merapati rokok, bukan cikgu, iklan mahupun kempen-kempen di media massa. Ayah aku dulunya seorang perokok yang riang tegar. Biasalah, orang kampung kalau tak merokok tak herolah
kan? Kalau tengah tidur tengah-tengah malam dan dia tetiba ada perasaan nak perokok, masa tu jugaklah dia akan hidupkan enjin motor untuk ke kedai. Tapi dia berhenti merokok bila dia dapat tahu yang dia bakal jadi ayah. Dia kata susah nak berhenti merokok tapi dia gagahkan jugak. Kalau ada kawan-kawan di warung yang hukur rokok kat dia, dia ambik dan bagi orang lain. Eh, kenapa ayah tak buang je rokok tu? Bukan ke lebih bagus sebab tak memudharatkan orang lain? Mungkin itu cara dia untuk bagitahu semua orang yang dia dah berhenti merokok. Ayah bijak! Like son like father. Ceh. Alhamdulillah, anak-anak dia tak ada seorang pun yang merokok. Yang pernah hisap rokok tu maybe ada kot. Kalau orang tanya aku sama ada aku merokok atau tak, jawapan aku 'tidak'. Tapi kalau orang tanya aku sama ada aku pernah merokok atau tak, jawapan aku 'ya'. Eheh. Sila belajar perbezaan dua pernyataan itu ye. Itu cerita zaman kegelapan dulu.

        3)Kat sini aku sertakan beberapa fakta tentang rokok dan perokok.
  1.  Kadar merokok di negara-negara maju menurun. Tetapi negara-negara membangun seperti Malaysia meningkat dengan kadar 3.4% setahun.
  2. 51% perokok ialah lelaki. Selebihnya ialah wanita. *Uhuk*. Lebih kurang je.
  3. Sebahagian besar perokok memulakan karier mereka sekadar cuba-cuba.
  4. Bagi keluarga miskin, ketua keluarga biasanya lebih mementingkan rokok berbanding beras.
  5. Walaupun rokok menyebabkan ketagihan, ramai yang mampu untuk menghentikannya.
  6. Banyak cara yang dikenalpasti untuk menghentikan ketagihan merokok antaranya terapi pengganti nikotin, terapi perlakuan dan ubat-ubatan.
  7. Salah satu masa terbaik untuk berhenti merokok ialah pada bulan puasa.


     4)Bercerita tentang merokok dalam Islam, kita tak lari dari mencari hukum merokok. Ada sesetengah orang mengatakan bahawa bekas mufti Mesir, Dr. Ali Jumuah memfatwakan merokok sebagai makruh sahaja. Tetapi Dr. Ali Jumuah dengan jelas menfatwakan merokok sebagai haram di dalam kitab karangannya, 'Al-bayaan'. Syeikh Nuruddin Al-Banjari jugak memfatwakan rokok adalah haram sama seperti fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM, sebagai badan induk berkaitan agama Islam di Malaysia (sila rujuk sini). Pada pandangan aku, pengharaman rokok ialah sangat jelas sama seperti pengharaman arak yang telah direkodkan dalam al-Quran dimana rokok mempunyai beberapa manfaat, tetapi keburukannya jauh mengatasi manfaat yang ada. Dan terpulang kepada sahabat-sahabat untuk berpegang dengan mana-mana fatwa. Cumanya kalau boleh tolong bagi manfaat kepada diri kita dan orang lain selagi kita mampu.

     5)Sebagai penutup untuk artikel ringkas ni (ringkas ke?), aku mengajak semua orang yang membaca entri ni supaya menghindari rokok. Kalau nak merokok jugak, sila pikir empat kali kerana rokok bukan sahaja membahayakan si perokok malah orang di sekeliling beliau.
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment