Blogger Widgets

Pages

Thursday, 13 June 2013

Sudah Setahun Hai Jagung.


       1)Ahah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Aku tak sangka aku dah terlepas tarikh penting untuk blog nih. 6 Jun 2012.  Itulah tarikh entri pertama aku. Ini bermakna blog aku dah berusia setahun! *applause*.  Korang-korang dah boleh nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu sekarang. Moga-moga blog nih terus terselamat daripada menyesatkan pembaca. Aku masih ingat masa mula-mula aku berblog. Masih terkial-kial mengintai blog orang lain untuk memberi ilham, baik dari segi isi, gaya penulisan mahupun template blog. Habis semua blog kawan-kawan aku selongkar. Macam tu lah saya mula-mula belajar.


Monday, 10 June 2013

Farouq : Bulatkan Tekad



       Lieya duduk terpaku di dalam bilik seorang diri. Sekali-sekala jari-jemari menggaru kepalanya yang tidak gatal, matanya merenung ke arah telefon bimbit di atas katil, punggungnya pula mudah bertukar posisi. Tidak di kerusi, dia di atas katil. Tidak di atas katil, di atas lantai. Tidak duduk, dia berbaring. Kemudian dia berdiri, bermundar-mandir. Dia tak mampu untuk fikir apa-apa. Senyum  seorang gadis riang sepertinya tak mampu diukir dalam situasi sebegini. Keputusan Haji Malek sangat muktamad.

       Telefon berbunyi. Itulah panggilan yang Leya tunggu-tunggu sejak semalam.

“Hello, assalamualaikum,” suara lelaki di sebelah sana.

“Waalaikumussalam. Nazif,” suara Lieya menjawab dengan nada perlahan. “Nazif dah tahu kan?” tanya Lieya lagi.

“Sebab tu Nazif telefon Lieya ni. Betul ke?”

“Ya, Lieya tak tahu kenapa abah tiba-tiba buat keputusan macam tu.”

“Ok, relax. So, apa keputusan Lieya?”

“Lieya tak tahu.”

Sunday, 2 June 2013

Farouq : Perigi Mencari Timba



       Haziq seakan mahu menjerit. Sungguh, dia berasa sangat geram dan marah ketika ini. Dia duduk seorang diri di biliknya. Di hadapannya sebuah laptop Acer Aspire 5750 hadiah pemberian mama sempena keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM  pada tahun lepas. Di skrin Acer itu  terpapar tetingkap chat laman sosial facebook, antara dia dengan seorang perempuan ajnabi bernama Maysarah –  atau lebih tepat lagi Kak May. Beza umur mereka berdua ialah lima tahun, membuatkan Haziq lebih gemar menggelar Maysarah sebagai kakak. Kak May bukan perempuan pertama yang buat Haziq marah dua tiga hari ini, malahan ada lagi deretan gadis yang menegurnya di laman sosial itu baru-baru ini. Mereka bertanyakan tentang perkara yang sama berulang kali sehingga Haziq tak mampu lagi untuk melayan. Tapi Kak May terlalu baik untuk menerima hamburan kata-kata marah Haziq. Dialah perempuan mithali di mata Haziq. Tidak ada satu pun tingkah laku Kak May yang mampu mebuat Haziq berkecil hati ataupun marah di sepanjang perkenalan mereka selama lebih 16 tahun.

“Habis tu akak nak buat apa?” tanya Haziq secara rambang setelah dia diam sekejap.

“Akak tak tahulah Ziq,” ringkas Maysarah balas.

“Haziq pun tak boleh buat apa-apa, kak. Akak pun tak nak bagitahu Haziq awal-awal.”

“Hmm, Abang Umar balik sana bila? Lama jugak dia cuti ye?” tanya Maysarah sekadar untuk mengubah suasana keruh itu.

“Akak jangan tukar topik boleh tak?”

“Eh, Haziq marah ke? Chill lah. Bukan masalah besar pun.”