Blogger Widgets

Pages

Monday, 25 January 2016

Instablog


Alhamdulillah settle dah aktiviti pertama dari 6 aktiviti yg ada dalam list semalam. Walaupun semalam ada yang tanak pergi sebab risau Nur Malaysia ni tutup waktu malam.

Yang Nur Malaysia ni satu hal gak. Kenapa dia gi tulis kat menu dia yang restoran ni bukak dari 8 a.m - 8 p.m? Kan ramai yang tanak gi semalam. Haih.

___

Review.

Aku asek tersasul je sebut nama restoran ni Nur Kasih. Mentang-mentang takde orang nak kasih dah sekarang. Chet. Ok Nur Malaysia.

Tengok iklan dia semalam, kita dapat tau lah restoran ni restoran cawangan, main branch dia ada kat UK.

Layanan: Nak kata terbaik tu cam bohonglah. Just nice. Except for several dishes yang datang lambat.

Aku order hot chocolate, dapat sukkar and halib barrah kot. Memang kelas lah. Level-level restoran sungguh (kalau nak dibandingkan dengan kedai makan melayu lain kat sini)

Cuma jangan jakun je tengok kod pakaian pekerja dia. Diorang pakai songkok tinggi dengan kemeja. Semua bersongkok!

Venue: Tempat dia cantik. Kerusi dia ada kusyen (sebahagian). Tandas bersih. Interior design kemas. Nama je Nur tapi kedai dia gelap-gelap romantik waktu malam. Macam tempat orang kaya huhuwalauakutakadaduitsebenarnyahuhu.

Menu: Complete dari menu sarapan, goreng-goreng, western hinggalah desert. Macam-macam ada! Tapi atas menu je lah. Bila tanya balik banyak yang tak ada sebenarnya 😂. So yang kitorang order semalam just chicken chop, Set ayam goreng, burger daging dan roti garlic.

___

Aku cakap kat Zaim, restoran ni bayar sewa LE 20k sebulan. Mesti dia punya target besar per bulan. Semalam pun ramai customer. Full house.

Then aku tanya zaim, "Hari ni 24 Januari an? Agak-agak restoran ni ada lagi tak 24 Januari tahun depan?" Memandangkan kos dia yang tinggi dan infrastruktur dia yang mewah, tak sama macam kedai-kedai makan malaysia yang lain kat sini. Dan harga menu dia pun bukan harga bajet macam kedai lain.

Zaim jawab, "Insyaallah ada lagi. Tapi masa tu menu dia ada pakej student. Set A 10 genih set B 15 genih." Haha 😂

Moga perniagaan dapat berkekalan dan terus maju ye Nur Kasih!
Ok Nur Malaysia.

#instablog #nurmalaysia #winterbreak
Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment