Blogger Widgets

Pages

Saturday, 11 August 2012

Yang Melambai Pergi, Yang Melambai Tiba.


Wah, sedar tak sedar kita dah di penghujung Ramadhan! Kita sekarang dalam fasa terakhir bulan Ramadhan, 
"اتق من النار"  iaitu dijauhi dari azab neraka (Aku tulis entri ni masa malam 23 Ramadhan). Kalau cakap pasal 10 malam terakhir ni, kita mesti terfikir pasal malam seribu bulan @ Lailatul Qadar. Ramai  yang sibuk cari Lailatul Qadar. Tapi  lebih ramai yang mengabaikannya.

Bila cerita pasal 10 malam terakhir Ramadhan ni jugak, perkara lain yang mungkin terlintas kat kepala kita ialah tibanya Syawal. Detik di mana umat Islam meraikan kejayaan mereka melawan nafsu sepanjang Ramadhan. Hari raya Aidil Fitri khas untuk orang yang berpuasa dan beramal di bulan Ramadhan. Sebab tu kita selalu dengar orang-orang tua cakap kat budak-budak macam ni, “Puasa tak habis ada hati nak raya? Eleh !”. Pernah kena kan? Haha !

Pada korang, apa dia perkara yang paling membuat korang menyampah di bulan Ramadhan? Aku tak tahu lah sama ada pendapat aku sama dengan korang atau tak. Tapi pada pendapat aku, perkara yang buat aku menyampah ialah suasana raya di dalam Ramadhan. Yup, tepat sekali ! Awal Ramadhan pun dah ada suasana raya. Lumrah orang Malaysia, raya lebih seronok dari puasa kan? Sebab Allah tak bagi ganjaran puasa dalam bentuk cash macam duit raya.

Kita sendiri yang didik anak bangsa kita meng-agungkan raya berbanding Ramadhan. Tak salah nak bergembira dekat-dekat raya ni. Tapi takkan lah 15 Ramadhan dah seronok pasang lagu raya? Dah bakar mercun segala bagai. Dah buat ucapan raya. Dah keluar iklan pasal Aidil Fitri. Dah test baju raya. Cuba fikir sekejap. Aidil Fitri adalah untuk orang yang berjaya menghidupkan Ramadhan. Jadi, layakkah kita untuk meraikan Aidil Fitri seperti mana kita lakukan sekarang. Al-quran dijaga ke? Iktikaf pernah ke? Terawih penuh ke? Senyum selalu ke? Amal soleh banyak ke? Compare dengan cara kita sambut Aidil Fitri sekarang ni, layak ke kita? Bila fikir-fikir balik, aku ni layak makan serdak kuih raya je masa raya nanti. Haha !

Oh ! It's because Ramadhan is leaving me once again.
Lumrah sesuatu perkara. Ada yang makin jauh, ada yang makin dekat. Ramadhan makin jauh, Syawal makin dekat. Jauh dengan suasana Ramadhan, dekat dengan suasana Syawal. Jauh dari masjid, dekat dengan bazaar subuh. Jauh dari quran, dekat dengan kuih raya. Jauh dari terawih, dekat dengan program TV sempena Aidil Fitri. Persoalannya, mana satu yang dekat dengan Allah, dan mana satu yang jauh darinya ?



Comments
0 Comments

No comments:

Post a Comment