Blogger Widgets

Pages

Tuesday, 10 December 2013

Useless


"Am, ajarkan Sorof kepadaku."
Balasku, "Aku tak tahu."
Kemudian aku diam membisu
Yang bertanya hanya memandang buku
Cuba memahami ilmu yang baru
Baru baginya, lama bagiku
Cabang ilmu Bahasa Arab itu
Dulunya ilmu kegemaranku
Tapi tika yang bertanya perlu pengantara ilmu
Kenapa ku tolak dengan senyum silu?

Bukan, penyebabnya bukanlah malu
Kerana berbicara sangat mudah bagiku
Bukan juga kerana ku rendahkan diri
Bukan itu sebabnya tuk tidak membantu
Bukan di dada duduknya ilmu!
Nah, inilah sebab nombor satu
Sebab ku tolak tuk berkongsi ilmu...
...bersama yang bertanya, bersama yang tidak tahu

Tidakkah di dada tempatnya ilmu?
Bukanlah kitab kecil dan juga buku
Jika tak diusik, tebal berdebu
Dada suci yang diisi ilmu
Boleh menjawab sekuat mampu
Apa pun soalan, apa pun ilmu
Baik sorof mahupun Nahwu

Layaknya aku masih di sini
Masih mengaji di tahun satu
Sahabatku sedang pantas berlari
Sedangkan aku masih belajar berdiri
Tatkala ada yang perlu dibantu
Aku cepat mengalah kerna tidak mampu
Menolak kerana tidak ku hadam ilmu

Lalu datang si pelari laju
Meninggalkan aku yang berdiri kaku
Menghulur tangan kepada yang bertanya
Memandangnya diriku membatu
Mendengarnya lidahku kaku
Memikirkannya tubuhku malu
Si pelari berkata, "Boleh aku bantu?"
posted from Bloggeroid

Wednesday, 20 November 2013

Kembali


      


      Bersarang. Bersarang ialah perkataan cliché yang digunakan oleh para blogger budiman untuk mentafsirkan bahawa blog mereka jarang dibuka atau diupdate. Oh, tak tahu maksud cliché? Cliché maksudnya sesuatu perkara itu biasa disebut atau dilakukan sehingga menerbitkan rasa muak dan bosan. Haa, part muak bosan tu aku saja tambah. Tapi lebih kurang macam tu lah erti makna cliché. Faham kan? Contoh benda cliché? Cerita Melayu yang memaparkan watak orang bandar sebagai antagonis/watak jahat. Orang-orang kampung pulak watak baik/sopan/tak ada kecacatan/serba tahu dan lain-lain lagi. Ataupun watak mak tiri yang jahat. Pernah tengok mak tiri yang baik plus penyayang dalam cerita Melayu? Aku rasa tak pernah. Cliché kan? Berbalik kepada bersarang, ianya perkataan cliché yang kita selalu jumpa bila

Wednesday, 14 August 2013

Baba dan Aish



       1)Tersedia maklum, aku sangatlah menyukai budak-budak kecik yang comel-comel. Jadi bila aku tau yang anak buah aku, Aish Mustofa akan datang ke Mesir untuk bercuti dengan Abinya, maka aku sangatlah seronok. Aish Mustofa. Nama diberikan oleh kedua-dua Ummi dan Abinya. Umminya memilih Aish, sekadar meng-lelaki-kan nama Aishah yang bermaksud kehidupan. Mustofa pulak bermaksud ‘terpilih’, nama yang diberi oleh abinya sempena nama guru Arab Mesir yang banyak mengajar Abinya kat Mesir. Disitulah terbitnya nama Aish Mustofa, belum pun cukup setahun umurnya. Dan dia sangat-sangatlah comel. Ha sebelum tu. Semua pakcik makcik haruslah ada gelaran untuk anak-anak buah kan? Contohnya Pak Long, Pak Uda, Pak Teh, Mak Tam, Mak Ngah dan lain-lain. Untuk aku, anak-anak buah aku kan ku suruh mereka panggil aku Baba. Haa, unik kan? Baba samalah maksudnya dengan ayah, bapak, abi, walid, papa, daddy dan lain-lain. Perkataan Baba ni selalu digunakan orang Arab Mesir dan pasangannya ialah Mama. Aku pilih Baba sebab aku nak anak-anak buah aku baik dengan aku. Chewah. Kenapa Baba? Kenapa tak ayah or bapak or walid? Aku pilih Baba sebab ustazah aku yang aku sayang and suami dia yang rindu + hormat gunakan Baba dan Mama. So aku just copy paste je gelaran tu.

       2)Mula-mula aku jaga Aish ialah masa aku, abang, kakak ipar dan Aish pergi bercuti summer break ke Matrouh dan Siwa. Of courselah ‘ala hisabi akhi (abang aku belanja). Kalau nak harap duit aku, memang sampai balik Malaysia pun aku tak berjalan kat Mesir nih. Tak ada apa-apa masalah. Aish ok je. Budak baik. Tak memilih orang. Dengan sesiapa pun dia boleh masuk asalkan dia tak nampak ummi dia. Tapi kalau

Friday, 26 July 2013

Random.

Nota rambut: Entri kali ni cuma borak kosong. Random Things.


       Jam menunjukkan 1:48 pagi. Kat bawah Kompleks Pelajar-pelajar Pahang ni dah bising dengan bunyi ketukan baldi ke hape oleh warga Mesir yang prihatin mengejut orang supaya bersahur. Ya, kitorang bersahur seawal pagi sebegini. Giliran housemate aku pulak masak juadah sahur hari ni. Nasi goreng cuma. Tiap-tiap waktu sahur itulah menunya. Yang berbeza mungkin hanya warna, mengikut citarasa tukang masak yang bertugas. Semalam giliran aku masak sahur. Nasi goreng yang lembik dek terlebih air. Hari ni mungkin sedap sikit sebab bukan aku yang masak. Aku baru je turun naik Kompleks Pelajar Pahang tadi sungguhpun rumah aku kat tingkat 5, tingkat paling atas. Aku turun sebab bosan. Penyakit selepas exam itu  datang lagi. Penyakit kebosanan akibat rutin yang sama setiap hari. Rutin biasa itu ialah berpuasa, berbuka, berterawih, bersahur, internet surfing dan tidur.

Thursday, 13 June 2013

Sudah Setahun Hai Jagung.


       1)Ahah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Aku tak sangka aku dah terlepas tarikh penting untuk blog nih. 6 Jun 2012.  Itulah tarikh entri pertama aku. Ini bermakna blog aku dah berusia setahun! *applause*.  Korang-korang dah boleh nyanyi lagu Allah Selamatkan Kamu sekarang. Moga-moga blog nih terus terselamat daripada menyesatkan pembaca. Aku masih ingat masa mula-mula aku berblog. Masih terkial-kial mengintai blog orang lain untuk memberi ilham, baik dari segi isi, gaya penulisan mahupun template blog. Habis semua blog kawan-kawan aku selongkar. Macam tu lah saya mula-mula belajar.


Monday, 10 June 2013

Farouq : Bulatkan Tekad



       Lieya duduk terpaku di dalam bilik seorang diri. Sekali-sekala jari-jemari menggaru kepalanya yang tidak gatal, matanya merenung ke arah telefon bimbit di atas katil, punggungnya pula mudah bertukar posisi. Tidak di kerusi, dia di atas katil. Tidak di atas katil, di atas lantai. Tidak duduk, dia berbaring. Kemudian dia berdiri, bermundar-mandir. Dia tak mampu untuk fikir apa-apa. Senyum  seorang gadis riang sepertinya tak mampu diukir dalam situasi sebegini. Keputusan Haji Malek sangat muktamad.

       Telefon berbunyi. Itulah panggilan yang Leya tunggu-tunggu sejak semalam.

“Hello, assalamualaikum,” suara lelaki di sebelah sana.

“Waalaikumussalam. Nazif,” suara Lieya menjawab dengan nada perlahan. “Nazif dah tahu kan?” tanya Lieya lagi.

“Sebab tu Nazif telefon Lieya ni. Betul ke?”

“Ya, Lieya tak tahu kenapa abah tiba-tiba buat keputusan macam tu.”

“Ok, relax. So, apa keputusan Lieya?”

“Lieya tak tahu.”

Sunday, 2 June 2013

Farouq : Perigi Mencari Timba



       Haziq seakan mahu menjerit. Sungguh, dia berasa sangat geram dan marah ketika ini. Dia duduk seorang diri di biliknya. Di hadapannya sebuah laptop Acer Aspire 5750 hadiah pemberian mama sempena keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM  pada tahun lepas. Di skrin Acer itu  terpapar tetingkap chat laman sosial facebook, antara dia dengan seorang perempuan ajnabi bernama Maysarah –  atau lebih tepat lagi Kak May. Beza umur mereka berdua ialah lima tahun, membuatkan Haziq lebih gemar menggelar Maysarah sebagai kakak. Kak May bukan perempuan pertama yang buat Haziq marah dua tiga hari ini, malahan ada lagi deretan gadis yang menegurnya di laman sosial itu baru-baru ini. Mereka bertanyakan tentang perkara yang sama berulang kali sehingga Haziq tak mampu lagi untuk melayan. Tapi Kak May terlalu baik untuk menerima hamburan kata-kata marah Haziq. Dialah perempuan mithali di mata Haziq. Tidak ada satu pun tingkah laku Kak May yang mampu mebuat Haziq berkecil hati ataupun marah di sepanjang perkenalan mereka selama lebih 16 tahun.

“Habis tu akak nak buat apa?” tanya Haziq secara rambang setelah dia diam sekejap.

“Akak tak tahulah Ziq,” ringkas Maysarah balas.

“Haziq pun tak boleh buat apa-apa, kak. Akak pun tak nak bagitahu Haziq awal-awal.”

“Hmm, Abang Umar balik sana bila? Lama jugak dia cuti ye?” tanya Maysarah sekadar untuk mengubah suasana keruh itu.

“Akak jangan tukar topik boleh tak?”

“Eh, Haziq marah ke? Chill lah. Bukan masalah besar pun.”

Sunday, 12 May 2013

Sesi Suai Kenal Dengan Azhar.


Nota rambut: Entri ni khusus untuk memperkenal Universiti Al-Azhar dan bidang-bidang pengajian yang ditawarkan untuk kita sebagai rakyat Malaysia di sana.


     1)Umum mengentahui, Universiti Al-Azhar letaknya di Mesir. Al-Azhar dianggap sebagai universiti tertua dunia walaupun ada beberapa pendapat lain yang menafikannya sebab Al-Azhar memenuhi definisi ‘universiti’ pada tahun 1908 (lebih kurang 105 tahun yang lepas) . Pada peringkat awal, Al-Azhar ialah sebuah masjid yang dibina pada zaman kerajaan Syiah Fatimiyah yang mengambil masa selama 2 tahun. Masjid Al-Azhar siap dibina pada tahun 972 (lebih kurang 1041 tahun yang lepas). Kulliah pertama yang diadakan di Masjid Al-Azhar adalah pada tahun 975 Masihi. Masjid Al-Azhar dijadikan pusat penyebaran fahaman Syiah dan simbol kemajuan kerajaan Fatimiyah sehinggalah ditawan oleh kerajaan Salahuddin Al-Ayyubi yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Penambahan demi penambahan dilakukan sehinggalah Al-Azhar menjadi Universiti yang besar dan utuh, letaknya bersebelahan dengan Masjid Al-Azhar. Sehingga sekarang, konsep pembelajaran dan pengajaran secara talaqqi diamalkan di masjid tersebut Tak heranlah berlaku lambakan pelajar asing di Mesir disebabkan Universiti Al-Azhar.

Wednesday, 1 May 2013

Kod Pemakaian Yang Extreme


                  Di sesetengah tempat kerja atau tempat menimba ilmu, kita akan dikenakan kod etika pakaian. Sebagai contoh kalau kita kerja kat office, kita kena pakai tali leher + seluar slack + tali pinggan + kasut kulit berkilat. Kalau kerja kat KFC pulak kita kena pakai baju seragam yang disediakan bersama topi kiut-miut tu. Pelajar pun ada kod pakaiannya jugak sama ada pelajar sekolah mahupun institusi tinggi. Teringat masa aku jadi MPP kat Kulliah Al-lughah Waddin dulu. Aku ada lima jenis pakaian untuk lima hari yang berbeza. Kat Al-Azhar pulak tak ada kod etika pakaian yang spesifik, asalkan tidak melanggar syariat yang digariskan Islam. Jadi kalau nak pergi kuliah pakai topi + t-shirt + seluar track + selipar pun boleh, Walaupun nampak selekeh kalau kita pergi kelas pakai selipar. Haha. Bagi kaum hawa, kod etika pakaian mereka selalunya mudah dan senang difahami. Tak ada baju khusus yang ditetapkan melainkan di sesetengah tempat yang mewajibkan staff atau pelajarnya memakai baju kurung atau kebaya. Kod etika pakaian yang selalu dikenakan ke atas para wanita ialah pakaian yang sopan,  tidak menjolok mata, dan tidak ketat. Kalau pakai skirt pulak mestilah labuh ke bawah lutut.  Sebab tu kita tengok pakaian perempuan lebih bervariasi  berbanding pakaian lelaki. Mereka lebih bebas. Itu sedikit warm up dari aku tentang tajuk artikel ini.

Friday, 22 March 2013

Selamat hari lahir.


          
            1)Semua orang yang lahir kat dunia ni ada hari lahir. Cuma mungkin ada sesetengah orang tak tahu bila hari lahir dia. Kepada sesiapa yang masih tak tahu apa itu hari lahir, hari lahir ialah hari di mana kita  kita dilahirkan ke dunia. Takkan tak tahu kot. Ia juga disebut sebagai hari jadi. Tapi masa aku wish birthday kawan-kawan dulu, diorang cakap mana ada istilah ‘hari jadi’ sebab kita tak tahu bila masa kita dijadikan. Yang ada cuma ‘hari lahir’ je. Aku pun mengiakan apa yang diorang cakap. Sampai sekarang aku guna istilah ‘selamat hari lahir’ atau ‘happy birthday’ atau ‘sanah helwa’. Hari lahir jugaklah antara hari yang istimewa untuk seseorang selain hari ulang tahun perkahwinan, hari keluarga, hari Wanita, Hari Kanak-Kanak Sedunia, Capslock Day dan lain-lain lagi. Alaa, kalau ada orang wish birthday korang, sikit sebanyak musti ada rasa diri dihargai kan?  Lagi-lagi kalau ada orang hulur hadiah walaupun tak mahal. Rasa macam bahagia sekejap kan? Lebih-lebih lagi kalau orang yang bagi tu orang yang disayangi dan menyayangi, perkh.  Sebab tu ada orang sanggup tunggu pukul 12 malam depan komputer menghadap facebook menunggu ucapan-ucapan yang tak putus-putus dari kawan-kawan. Eheh.

Friday, 8 March 2013

Diri ke Hadapan.


Gambar
1)Melengkapkan post yang lepas (Masak dan Imam), aku menulis entri ni khas untuk sahabat-sahabat, pakcik-pakcik, adik-adik dan abang-abang yang sudah layak berkahwin. Haiceh. Ramai lelaki yang tanpa segan silu boleh menjadi Imam kepada seorang makmum mahupun makmum-makmum yang ramai dan boleh menjadi imam untuk 3 solat ‘jahr’ (solat yang dibaca dengan kuat) mahupun 2 solat ‘sirr’ (Zohor dan Asar). Tapi lebih ramai muslimin di Malaysia yang gemar menjadi makmum setia-hujung-nyawa lalu menyerahkan tampuk ke-imam-an kepada orang-orang di kanan kiri mereka. Jadi entri kali ni hanyalah pertolongan kecil kepada mereka yang pada asalnya segan-malu-takut untuk menjadi imam, tetapi masih ada sekelumit persaan untuk melaksanakan tugas yang aku kira sebagai 'misi-mesti-buat' oleh seorang lelaki muslim yang sudah baligh.  Adapun kepada mereka yang memang tak terdetik lansung untuk menajdi imam, berhadapanlah dengan cermin dan tanya pada cermin tersebut, 'kenapa aku tak nak jadi imam?'. Jom kita kaji beberapa faktor yang menyebabkan kita segan-malu-takut untuk menjadi imam di dalam solat. Antara sebab musababnya ialah :

1.    Yakin bahawa suara tidak sedap.
2.    Takut salah tajwid dan susunan ayat.
3.    Tak hafal doa dan wirid.
4.    Tak hafal surah panjang. Erk, masalah macam ni pun ada?
5.    Tak kondifen dan tak  yakin pada diri.

Monday, 4 March 2013

Perihal Rokok.


        1)Semalam baru je tamat Program MOMENTUM '13 anjuran BKMIP. Program ni berlansung selama dua malam. Tak ada hari, malam sahaja. Sebab tak nak mengganggu waktu kuliah. Aku join jua walaupun pada awalnya badan aku berat sebab tentatif program ni 6 jam lamanya. Bila aku pikir balik, aku duduk rumah pun bukan buat apa-apa, baik aku pergi. Selesai malam pertama program MOMENTUM '13, kitorang diberi tugasan untuk cari penyelesaian beberapa masalah untuk dibentangkan pada malam kedua. Aku tengok masalah-masalah yang diberi satu persatu. Hmm. Pelajar malas ke program anjuran persatuan? Rangka semula program yang menarik atau jadikannya sentiasa menarik. Masalah pergaulan tak syarie? Galakkan kahwin awal, maka selesai masalah. Masalah solat jemaah? Galakkan kahwin awal, maka hampir setiap hari mereka akan berjemaah. Eheh. Masalah mahasiswa perempuan yang gemar keluar rumah pada waktu malam di Mesir? Galakkan kahwin awal, maka tanggungjawab persatuan sudah berkurangan dengan adanya si suami. Masalah ukhuwah antara senior dan junior. Erk, kalau kita galakkan kahwin awal maka bertambah parahlah masalah ni. Lebih baik jangan. Dan masalah rokok? Hmm. Pelajar Al-Azhar pun ramai yang merokok. Alhamdulillah batch aku cuma sorang je yang merokok. Harap-haraplah angka 1 tu boleh turun kepada sifar.

       2)Kalau cerita pasal rokok, ayahanda akulah yang mendidik anak-anaknya dari merapati rokok, bukan cikgu, iklan mahupun kempen-kempen di media massa. Ayah aku dulunya seorang perokok yang riang tegar. Biasalah, orang kampung kalau tak merokok tak herolah

Monday, 25 February 2013

Penyakit Si Cerdik Pandai.


1)Sila teliti statement-statement dibawah. Jawapan kepada statement berikut hanya korang dan Allah je yang tahu.
·     - Adakah  korang merupakan salah seorang dari pelajar yang cemerlang dalam kelas?
·     - Setiap kali cikgu bertanyakan soalan dalam kelas, korang antara pelajar yang ingin mencuba untuk menjawab.
·     - Korang menjadi sumber rujukan kawan-kawan lain dalam sesebuah subjek. (Kadang-kadang cikgu pun jadikan korang sumber rujukan).
·     - Kerja-kerja yang cikgu bagi dapat korang siapkan dengan tangkas dan cepat sedangkan kawan-kawan lain sedikit lambat. 
      Kalau salah satu dari statement-statement kat atas ni ada pada diri korang, maka koranglah yang paling layak untuk baca entri aku pada kali ini. Tahniah! Eh lupa pulak. Entri ni lagi sesuai untuk adik-adik yang masih di bangku sekolah, bukan makcik-makcik yang dah belajar kat universiti. Tapi apa salahnya kalau nak tumpang sekaki kan.

2)Beberapa minggu yang lepas, aku pergi pusat Markaz Bahasa Arab kat universiti Al-Azhar. Markaz ni khas untuk budak-budak bukan Arab yang tak berapa mahir berbahasa Arab. Kalau

Saturday, 16 February 2013

5 Post FB Yang Mengetuk Hati.

     Assalamualaikum. Hari ni hari Ahad, dah terlajak dua hari. minggu lepas pun terlajak dua hari. Rasa bersalah? Tidak sama sekali. Jangan nak bajet blog ni meletoplah Amry sampai nak rasa bersalah sebab tak post entri. yang baca blog ni pun boleh kira pakai jari kaki. :D Hari ni aku tak cerita, tak menulis panjang-panjang. Aku cuma nak kongsi beberapa post kawan-kawan di facebook yang mana post-post tersebut telah menyentuh hati aku. Lebih tepat lagi, menyindir aku. Wahai sahabat, aku terasa dan terluka dengan post-post anda. Post-post tersebut tersangatlah pahit untuk ditelan.

     

     Aku mulakan dengan post yang tak berapa pahit dulu. Ni post dari kawan aku yang namanya selalu disebut dalam blog ni. Khairun Nas. Simple. Just nak bagitahu yang kita berdoa atau tak kepada Allah, Allah tetap bagi apa yang kita perlu. Habis tu kenapa nak berdoa? Sebab kita ni hamba, dan doa adalah salah satu ibadat. 

     Bila kita bukak je facebook, kita akan ternampak ayat "How are you doing, _____ ?". Aku tak tahulah bila korang pakai Bahasa Melayu untuk berfacebook dia akan tulis apa. No offense

Saturday, 9 February 2013

Hey, Reti Bagi Salam Tak?

"Semangat aku yang membara. Sekuat semangat bercinta.
Ku rela tinggalkankan segalanya.
Assalamualaikum semua."


     1)Assalamualaikum semua! Korang familiar dengan rangkap di atas? Taip ON RANGKAP dan hantarkan ke 32322. Kat atas ni ialah salah satu rangkap dari lagu Sleeq ft. Aaron Aziz – Salam Semua. Aku masih tak puas hati sebab Aaron Aziz tak menyanyi apa-apa dalam lagu tuh - dia cuma cakap tiga baris dialog je, tak menyanyi lansung! Lansung! Cis, aku rasa tertipu bila aku tengok “Sleeq ft. Aaron Aziz”. Tapi tu bukan pointnya hari ni. Hari ni aku cuma nak cerita sikit tentang memberi salam, satu syariat indah yang Islam galakkan. Asal hukum memberi salam ialah sunat manakala asal hukum menjawab salam pulak ialah wajib.

     2)Masa sekolah rendah dulu, kitorang ada assembly / tajammuk / perhimpunan tiap-tiap pagi Isnin. Then, Ada seorang ustaz berucap kat atas pentas masa assembly tu. Dia menyatakan keluhan dia bila mana dia berjalan dalam kawasan sekolah dan terserempak dengan sekelompok  pelajar. Kalau ada tujuh orang pelajar dalam kelompok tu, kesemua tujuh orang tersebut akan memberi salam. Ini bermakna dia perlu dan wajib menjawab semua ketujuh-tujuh salam tersebut.

Sunday, 3 February 2013

Baba dan Mama.




1)Beberapa hari yang lepas, aku baca blog Atiqah Syuhada a.k.a Syusyek. Syusyek tulis pasal umi dan ayah dia, entri yang sangat menarik perhatian aku. Umi dengan ayah Syusyek tersangatlah cool.  Memanglah sangat cool, tapi jangan lupa, we have our own too. Jadi aku pun terpanggil untuk melakukan sejenis seni plagiarism. Aku nak tulis pasal ibu dan ayah aku pulak, boleh? Kalau boleh, sila teruskan pembacaan korang. Beberapa hari yang lepas aku ada telefon ayah untuk bertanya khabar dan untuk mintak resepi Nasi Carrot. Bila sampai turn aku bercakap dengan ibu, ibu cakap, Ingatkan dah lupa ibu ayah.” Gulp, haha. Rasa terpukul.  Aku memang jarang telefon parents sejak dari sekolah menengah, sejak mula-mula masuk asrama sebab pertaturan sekolah ketat sangat. Penggunaan public phone hanya pada pukul  10 -10.30 malam. Dah lah ramai budak kat asrama tu. Sampai giliran budak yang  suka mengadu itu dan ini, budak yang suka merengek, dan budak yang sikit-sikit nak menangis, memang terpaksa tunggu lama dengan penuh kesabaran. Ditambah pulak dengan senior-senior yang tak kesah memotong barisan semata-mata nak telefon awek diorang. Ini LAGILAH memerlukan kesabaran.  Daripada aku telefon parents untuk cakap benda-benda tak penting then buat diorang risau, lebih baik aku duduk kat dalam bilik main dam. Ibu risau jugak bila aku tak telefon dia tapi lama-lama dia jadi biasa. Kalau Amry telefon dia mesti ada benda penting seperti ada program sekolah, tak cukup duit, nak balik cuti dan lain-lain lagi. Kat Mesir pun aku kurangkan telefon. Aku tengok kawan-kawan yang selalu telefon Malaysia, mak ayah diorang mudah  risau dan keluh kesah. Lagi-lagi bila berlakunya rusuhan kat Port Said baru-baru ni yang letaknya 200-300 km dari Kaherah. Dan rusuhan tu tak menjejaskan lansung aktiviti pelajar-pelajar Malaysia di Kaherah.

Cerita tentang mereka.

                2)Sesampai kat Mesir, macam-macam benda yang aku ingat balik. antaranya cerita-cerita pasal aku, ibu dan ayah. Pernah dulu masa sekolah rendah aku buat benda yang kelakar. Masa tu cuti panjang, cikgu memang bagi kerja rumah banyak-banyak dengan

Saturday, 26 January 2013

Saya Ingin Bercerita, Sila Dengar.



"Epal, anda tahu epal? saya ingin bercerita tentang epal."

            1)Ini ialah cerita tentang seorang tokoh. Tokoh ini tiada kaitan dengan gambar di atas. Tokoh ini sangat kuat pengaruhnya. Ramai yang tahu cerita tentang tokoh yang hebat ini. Dia membawa satu ilmu  yang disangkakan baru, padahal ilmu itu ialah  ilmu lama yang telah dilupakan manusia ketika itu. Ilmu itulah yang digunakan oleh sebahagian besar manusia pada zaman kita ini dan kalaulah bukan kerana dia, ramai yang akan hidup dalam kebodohan dan penipuan. Tokoh ini juga berjaya menambat hati ramai orang dengan sikapnya walaupun dia hanyalah seorang anak yatim yang membesar tanpa ibu dan ayah yang pada kebiasaannya tidak mendapat tempat di hati kebanyakan orang. Siapakah yang mahu mendengar cerita tentang anak yatim ini? Ya, anda-anda yang sedang membaca ketika inilah yang akan mendengar kisahnya. Kisah seorang lelaki yang kini mempunyai lebih kurang 16,000,000 pengikut walhal dia hanyalah seorang anak yatim yang secara tiba-tiba mengejutkan dunia dengan ilmu yang dimilikinya.

            2)Tokoh ini lahir pada tahun 571 Masihi dan berasal dari keturunan yang baik. Ibu dan ayahnya berasal dari puak yang sama, puak yang dianggap paling mulia di kalangan mereka sama ada dari segi politik, kepimpinan, perniagaan mahupun penggunaan bahasa. Bahasa yang digunakan puak ini difahami oleh kebanyakan penduduk disekitarnya dan dijadikan bahasa pengantaraan antara mereka. Si ayah ialah orang yang paling tampan di kawasan perkampungannya. Ketika si ayah melamar ibunya, ramai gadis-gadis di perkampungan itu patah hati. Tidak hairanlah tokoh in juga dikatakan mempunyai wajah yang sangat tampan.

Thursday, 24 January 2013

Exam Fever




                                       
             1)Dah lama aku tak update blog ni disebabkan ketiadaan broadband dan kemalasan untuk ke cyber cafe yang berhampiran. Sebab tu aku nak post dua entri sekaligus minggu ni, ganas tak? Gian punya pasal kan. Entri yang ni tersangatlah panjang jadi gagahkan diri korang untuk membacanya. Tapi, insyaallah entri ni bestBest kot (syok sendiri). Dua minggu lepas aku menghadap dua paper, Adab Jahili dan Bahas Adab. Kedua-dua paper ni tak ada kena mengena dengan akhlak ataupun syakhsiah diri walaupun terselit perkataan ‘adab’ kat situ. Aku terjemahkanlah ye. Adab Jahili bermaksud Sejarah Sastera Arab di Zaman Jahiliah.  Bahas Adab pulak ialah Lapangan Kajian berkaitan Sastera Arab. Kedua-dua paper ni aku tak berjaya jawab dengan jayanya. Series. Maafkan Amry ayah maafkan Amry ibu. Malam sebelum peperiksaan Adab Jahili hari tu aku sempat lagi bersenang-lenang sambil menikmati jus buah-buahan dengan kawan-kawan di gerai Pak Arab. Tiba-tiba aku dapat call dari senior. Kat Mesir, kitorang panggil senior kitorang dengan gelaran ustaz dan ustazah dengan niat diorang berjaya menjadi murobbi satu hari nanti.

“Assalamualaikum, Amry. Enta ok tak? Ada apa-apa lagi yang tak faham?” tanya Ustaz Muhajir dengan nada risau dan serius.

“Waalaikumussalam, ustaz. Insyaallah ok. Ustaz jangan risau.” Aku jawab ringkas tapi hati tetap hairan dan pelik kenapa tiba-tiba dia telefon.

“Kalau enta ada apa-apa yang tak faham pasal Adab ni, sempat lagi nak tanya.” Sambung Ustaz Muhajir.

“Tak apalah ustaz. Nanti ana bukak blog Indonesia yang ustaz cakap tu.” Masa tu aku dah tersenyum+tergelak-gelak sopan disebabkan terpelikan bila ada orang yang tanya pasal persediaan aku untuk hari esok. Nasib baik dia tak nampak reaksi  aku.

“OK, enta baca je blog tu. Nota yang dia buat tu dah ringkas dah.”, Ustaz Muhajir sambung lagi.

“Wah !” dengan nada riang dan kuat, “Bagusnya. Tiba-tiba ustaz cakna pasal ana. Haha!”

“Iyalah. Ana dah pernah gagal subjek ni. Ana tak nak lah orang lain gagal jugak.” Jawabnya simple. Aku terkedu. Senyap sekejap.


            2)Keesokan harinya, aku dengan kondifennya keluar dari rumah seawal pagi. Tak banyak yang aku dapat dari ulang kaji yang tak seberapa semalaman walaupun aku tak tidur. Dengan kondifennya aku bawak peralatan untuk menjawab exam dan nota kecil Adab Jahili yang sempat aku terjemah dalam bahasa Melayu. Senang sikit nak baca sejarah sastera ni nanti. Alhamdulillah bas yang aku dan kawan-kawan aku naik pagi ni tak penuh dan sesak macam selalu. Aku selak balik nota yang aku pegang tadi sebagai pengisisan sebelum sampai ke universiti. Aku cuba recall apa yang dah aku baca semalam. Lebih kurang 5 minit aku kat dalam bas tu, aku dapat miss call dari nombor Nawaj. Aduhai budak-budak ni, tak kanlah masa-masa macam ni pun nak main miss call-miss call? Tahulah korang exam petang nanti. Nawaj telefon lagi dan lagi. Akhirnya aku jawab.
Dengan pantas dan tangkasnya aku ucap, “Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam, Am. Aku Nain.”  Zulkarnain, salah seorang kawan aku. Dia guna phone Nawaj untuk telefon aku.

“Ha, kenapa?”

“Kau tertinggal passport

“Aku rasa aku bawaklah. Kejap aku check kat dalam beg.”

“…”




“Alamak, aku betul-betul tertinggal passport!”
Passport menggantikan fungsi IC bila kita ke luar negara. Aku tak boleh ambil peperiksaan kalau tak ada passport.

              3)Aku turun daripada bas untuk balik ke rumah. Aku kena patah balik. Dah lah lambat, lepas tu kena jalan kaki pulak untuk sampai ke rumah. Dibantu pulak dengan cuaca musim sejuk di pagi hari ni dan mata yang tak tidur semalaman. Memang seronok betul kalau hari-hari tinggal passport kan?! Kemudian, kemudian baru aku ingat. Rumah aku letaknya nun jauh di tingkat lima. Ah, aku kena daki tingkat lima ke? Dalam keterhampaan tu  aku gagahkan jugak kaki aku untuk dapatkan buku merah yang penting tu. Sesampai tingkat lima dah ada kelibat Nawaj, Zulkarnain dan Agil yang tersenyum-senyum tengok aku.
Zulkarnain cakap “Kenapa kau balik? Aku baru je nak pergi sana bawak passport kau.”

“Tak apalah. Aku dah sampai dah pun. Terima kasih.”
Selangkah anak tangga aku turun, aku teringat satu lagi benda penting.

“Duit. Aku dah tak ada duit tambang.” Aku mengeluh.

“Nah, nah. Ambik duit ni dulu.” Nawaj hulurkan 3 Genih. 3 Genih yang belum sempat aku bayar sampai sekarang. Aku naik bas lagi. Sekarang ni aku sorang-sorang. Kawan-kawan aku yang lain dah sampai dah. Aku berdiri kat bahagian depan sekali dekat dengan pemandu bas. Pemandu bas tunding jari ke arah bakul sampah yang terlingkup. Dia pelawa aku untuk duduk atas bakul sampah tu. Aku nak reject pelawaan dia? Jangan haraplah. Aku apa lagi, dengan tanpa segan silunya aku terus duduk. Aku terus selak balik buku Adab Jahili yang dah aku tanda bahagian-bahagian pentingnya.

4)Driver bas tu teruskan pemanduannya. Setiap kali ada orang nak turun dari bas dia akan balas dengan “Insyaallah.” Bahasa dia sangat indah. Aku tertarik dengan cara dia hinggakan aku rasa macam nak jadi driver bas jugak. Eh, apesal pulak ni? Geleng-geleng. Tumpukan perhatian kat buku Adab Jahili balik. Tak lama lepas tu ada pak cik lingkungan 50-an naik bas tu. Dia pun berborak-borak dengan driver bas. Aku? Aku hanyalah manusia Asia Tenggara yang kerdil, yang berada di antara diorang berdua, yang sedang buat-buat ulang kaji Adab Jahili.
“Essyams gameel. (Matahari hari ni cantik)” kata pakcik driver. Memang matahari sesuatu yang cantik dan indah bila tiba musim sejuk ni.

Dia tepuk bahu aku sambil senyum “Ta’rif syams? (kau tahu tak syams [matahari]?)”.

“Naam. (ya)”

“Enta tidris eh? Adab Gahili? (kau belajar apa ni? Adab Jahili?)” giliran pak cik 50-an pulak bertanya.

“Naam.(ya)” aku jawab ringkas.

“Enta fi sanah eh (kau tahun berapa sekarang)?” tanyanya lagi.

“Sanah uula (tahun satu)”

“kam sanah lid diraasah? (berapa tahun semuanya)”

“Arbaah sanawaat (empat tahun)”

“Wenta Indunisi? (kau ni orang Indonesia?)”

“La’ah, ana Malizi.(tak lah, aku orang Malaysia)”

“Ahsan naas (sebaik-baik manusia)” orang Malaysia memang dianggap baik sebab kita ni kaum yang lembut. Baik dari segi pertuturan mahupun perlakuan.

Sampai satu tempat, dia sambung lagi, “Tinzil hena? (kau nak turun kat sini?)”

“La’ah. Uddam Syuwaiyah (tak, depan sikit lagi).”


5)Korang jangan tanya dan jangan cuba tanya kenapa aku jawab sikit-sikit je dan simple-simple. Aku ni kan sopan dan menjaga adab. Ceh! Dah terang lagi bersuluh yang aku ni memang lemah dalam berbahasa Arab. Aku masih dalam tempoh pembaik-pulihan dan memperkuat bahasa Arab aku. Doakan aku wahai pelawat blog aku :) . Macam mana dengan exam aku? Hasilnya aku agak menyesal dengan jawapan aku untuk paper Adab Jahili. Soalannya senang. Cuma aku yang tak hafal. Ini baru kisah Adab Jahili. Paper Bahas Adab lagi lah teruk. sob3. Baru aku tahu beza mahasiswa dengan pelajar sekolah menengah. Arrrgh !





Friday, 4 January 2013

Darul Takzim dan Darul Makmur.



                 1)Assalamualaikum kat korang-korang yang masih lagi dapat membaca blog aku di hari Jumaat yang mulia ni. Tiga hari yang lepas aku ada tulis satu entri bersempena dengan perubahan aku untuk 2013. Aku mengakulah yang entri tu agak jiwang sikit. Ada kawan aku yang kata entri tu melankolik. Penghujung entri tu aku cuba gambarkan yang aku tengah happy tapi aku tak tahu macam mana entri tu tetap jadi melankolik. Aku mengaku. Ada jugak kawan yang gelakkan aku lepas dia baca entri tu. Sangat kurang asam wahai sahabat. Aku tak tahu kenapa dan mengapa, tiba-tiba pulak ramai yang melawat blog aku lepas aku post entri tu. Oh korang ni, kalau bab-bab kisah cinta dan jiwang memang korang seronok sangat kan? Bila entri aku cerita pasal adil, ramadhan, surat berantai, imam & memasak, dan entri pasal orang yang demand atau terlampau memilih dalam bab-bab makan (ikan-mati-lemas) sikit je yang nak membaca. Entri bertarikh 1 Januari 2013 tu tersangatlah ramai yang melawat. Aduhai -_-“. Sebelum korang terpesong dan tersasar dalam menilai blog aku, lebih baik aku tekankan sekali lagi yang blog ni bukanlah diari aku yang boleh aku cerita dan coret pasal semua benda yang berlaku kat aku. Blog ni hanyalah entri-entri lima perenggan yang berkaitan dengan perkara-perkara yang aku rasa boleh aku kongsikan dengan korang.

               2)Hari ni aku masih dalam mood bercerita lagi.1,2,3 aaand, action! Cerita tentang sekolah menengah aku kat Kuala Lipis, Pahang. Sekolah Menengah Agama Al-Maidah Ad-Diniah Padang Tengku (SMAPT). Sekolah yang boleh buat aku tersenyum sorang-sorang bila aku duduk sorang-sorang. Kalau aku tersenyum masa duduk ramai-ramai nanti orang kata aku gila pulak. Aku belajar kat SMAPT setahun je, tapi kenangan kat sana boleh buat aku lupakan kenangan empat tahun sebelum tu kat Madrasah Arabiah Kluang (MAK- sebut huruf perhuruf), Johor. Kat SMAPT ramai kawan. Terlalu ramai kawan sebaya, senior  (tingkatan 6) mahupun adik-adik yang dengan bangganya aku gelar diorang sebagai ‘kawan’. Ada jugak kawan yang bukan ‘kawan’. Part tu malas aku nak terangkan, sila buat-buat faham boleh? Haha. Aku belajar kat MAK dari tingkatan 1 hingga tingkatan 4. MAK memang terbaik. Peraturan, pendidikan, perlaksanaan sunnah-sunnah Nabi SAW, latihan berbahasa Arab, pergaulan antara pelajar lelaki/perempuan dan banyak lagi perkara terbaik yang tak dapat aku sebutkan kat sini. MAK ni sekolah swasta. Kat MAK tak ada aliran Akaun mahupun Sains Tulen. Aku pindah dari situ atas faktor ketidak-mampuan untuk meneruskan pembayaran yuran disebabkan adik lelaki aku pun masuk belajar kat situ.

Madrasah Arabiah Kluang, Johor
                3)Bila aku pindah ke SMAPT aku terkena culture shock. Lelaki dan perempuan boleh pulak selamba penguin berjumpa, bergurau, bergelak tawa. Boleh gelak-gelak dan boleh borak-borak. Masa mula-mula masuk je aku tak biasa dengan situasi tu. Aku ditempatkan ke kelas 5 Ikhlas - kelas terakhir aliran sastera - sebab kelas tu ada tempat kosong. Aku pernah mintak untuk ambik Aliran Akaun tapi cikgu tak bagi sebab aku tak pernah belajar apa-apa pasal akaun masa kat MAK. Aku bersyukur sangat cikgu tak bagi aku tukar kelas sebab budak-budak kelas tu takde lah skema sangat asyik nak belajar je 24 jam. Kalau kita terlalu serius belajar tak dapatlah menikmati zaman keriangan. Ok, part ni jangan ikut cakap aku. Belajarlah sungguh-sungguh sebab aku tak nak bertanggungjawab kalau korang gagal dalam mana-mana peperiksaan. Kelas 5 Ikhlas riuh rendah. Masa aku mula-mula masuk macam-macam soalan yang ditanya, especially dari deretan belakang kawan-kawan perempuan.“Wei budak baru, siapa nama kau?” “Kenapa kau pindah sini?” “PMR dengan SMA kau dapat apa?” “Budak-budak perempuan sekolah kau macam mana ea?”dan soalan yang paling aku ingat, soalan yang diajukan Siti Zahirah ,“Kau ada makwe?” . . . erk. Duduk kat 5 Ikhlas ni aku boleh hafal kesemua lebih kurang 92 orang pelajar tingkatan 5. Ada jugak member-member aku yang duduk kelas depan-depan yang tak kenal budak-budak kelas aku. Apakah? Entah-entah kalau aku duduk kelas Akaun, aku pun tak kenal budak-budak kelas 5 Ikhlas.

Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis
Pahang.
                4)Yang paling aku sayang pasal SMAPT ialah penghuni-penghuninya. Terutamanya kawan-kawan aku yang sama batch. Kalau diorang tak sayang aku balik aku bom je rumah diorang satu-satu. Kawan-kawan aku, diorang tak sedar yang cara diorang berkawan antara satu sama lain sangatlah unik sampaikan aku tertarik. Contoh pertama ialah masa dalam perhimpunan, kawan aku si A pernah panggil nama si B. Tujuannya hanyalah untuk suruh si B betulkan kolar si C yang terkelepet macam orang tak betul. Tak kemas. Contoh kedua pulak, diorang tak kesah kalau disuruh buat benda-benda kecik (ambil baju, ambil lauk dll). Kalau disuruh memang jarang ada yang merungut. Benda-benda kecik macam ni biasanya diorang buat terus. Kat MAK tersangatlah pelik kalau kita suruh kawan kita buat itu ini. Mungkin tak semua. Diorang lagi suka suruh junior yang buat benda-benda tu. Contoh yang terakhir, kitorang suka makan setempat sesama form 5. Of courselah meja tu tak cukup besar untuk semua pelajar lelaki form 5. Jadi kalau aku atau sesiapa makan lambat tapi meja dah penuh dengan selambanya ada yang akan cakap macam ni “Wei, kau dah siap makan kan? Bangunlah, bagi Amry duduk pulak.” Tak ada masalah pun, dia akan bangun dan bagi tempat duduk.  Masa mula-mula dulu aku rasa  pelik sebab diorang tak kecik hati ataupun merungut sebab itu kebiasaan diorang.

                5)Kenangan SMAPT yang paling best haruslah masa SPM. Macam-macam yang kitorang buat. Semua seronok sampai tak tidur malam. Satu asrama tu kitorang punya. Kat sekolah tak ada orang lain selain kitorang. Malam-malam pergi makan kat gerai luar. Tengah malam balut selimut jadi pocong untuk kacau orang. Pukul 3 pagi rakam video miming lagu Ana Rafali. Sebelum masuk dewan periksa dengar lagu kat radio. Petang-petang terjun dalam kolah. Oh indahnya zaman sekolah. Dulu kat SMAPT pernah tergantung banner gambar aku dengan pelajar-pelajar lain sebagai antara yang cemerlang. Ayah aku seronok sangat bila tahu. Biasalah, ayah. Sekadar 7A takdelah cemerlang mana tapi tu dah cukup buat ayah aku gembira. Raya terakhir aku kat Malaysia pun aku raya kat Kuala Lipis dengan kawan-kawan SMAPT. Aku tak raya dengan kawan-kawan MAK. Bukan sebab aku lupakan diorang. Aku masih contact beberapa kawan-kawan MAK tapi yang lain macam tak kenal aku dah. Aku pun macam dah tak kenal diorang jugak. Pernah sorang kawan MAK aku telefon aku. Rupa-rupanya sebab nak pinjam duit je. Hampeh kau. Ku sniper nanti baru tau.

* * *

P/S: Entri ni dedikasi untuk adik aku yang masuk SMAPT  tadi untuk ambil Sains Tulen. Aku doakan dia mampu bawa semua subjek sains walaupun dia tak pernah belajar apa-apa masa tingkatan 4 kat MAK. Moga dia dapat rasa apa yang aku rasa kat sana.

# kawan aku suruh letak nama dia kat blog aku. So Aku letak lah ye. NAWAJ